Tuesday, 1 May 2018

[Video Saya Nak Hasut Rakyat Sokong Najib Jadi Ketua Pembangkang Pertama UmnoBN!] Saya tidak terkejut Najib naikkan GST jika menang PRU nanti! Kerajaan PH utamakan PEKERJA TEMPATAN & Antara dua darjat kempen Dr M dan Najib.

Rabu, 2 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.
Pakatan Harapan komited untuk mengurangkan 2 juta pekerja asing secara berperingkat jika diberi mandat untuk mentadbir negara selepas pilihanraya kali ini
Foto Rafizi Ramli.
Saya tidak terkejut jika Dato' Seri Najib akan cuba untuk menaikkan kadar GST jika beliau di beri mandat untuk mentadbir negara lagi selepas pilihanraya kali ini.

Antara dua darjat kempen Dr M dan Najib

Malam ini Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sama-sama berkempen di Kuala Lumpur.
BN menganjurkan perhimpunan di kerusi Parlimen Wangsa Maju manakala HARAPAN mengadakan perhimpunan di kerusi parlimen Titiwangsa dengan menarik lebih daripada 1,000 orang.
Kelihatan orang ramai berpayung manakala ramai pula yang basah ditimpa hujan terpaksa memijak lumpur becak. Seorang hadirin dilaporkan pengsan di Titiwangsa.
Bagaimanapun, orang ramai dengan cepat menghadiri ceramah HARAPAN dengan hadirin yang bertambah sehingga 1,500 di saat menjangkakan ketibaan Mahathir.
Apabila akhirnya Mahathir tiba, orang ramai menjadi begitu bersemangat mewujudkan suasana cukup mengujakan.
Hadirin bersorak, "kami mahu Tun, kami sayang Tun, hidup Tun!"
Mahathir kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keazaman mereka dan mendesak agar mereka bersama-sama membuat penentuan pada hari pengundian 9 Mei ini.
"Hujan kah, panas kah, keluar ramai-ramai, jangan seorang, bawa ramai-ramai.
"Walaupun hujan tuan puan datang. Walaupun hujan kita kelur ramai-ramai macam ini juga. Undi Pakatan Harapan.
"Kita bukan saja nak menang. Kita nak menang besar, kena menang banyak. Kerana menang sikit, Najib akan tipu," beliau memberitahu hadirin yang kebanyakan orang Melayu.
Aturcara kempen BN itu berakhir dalam masa sejam dan hadirin diagihkan dengan nasi biryani.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena