Wednesday 14 November 2018

[Video Bekas KSU KKLW Datuk Mohd Arif Abd Rahman & Anaknya dipenjara, denda RM13 juta] Mohd Arif Ab Rahman, 61, hukuman penjara 3 tahun, denda RM3 juta & anaknya Ahmad Zukhairi, 31 thn dihukum penjara 5 tahun dan denda RM9.6 juta.

Khamis, 14 November 2018

Bekas KSU dipenjara 3 tahun, denda RM3 juta kerana subahat rasuah

Mymetro
KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha (KSU) kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dipenjara 3 tahun dan denda RM3 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah SGD$200,000 (RM627,636) berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sandakan, Sabah, pada 2016.
Hakim Azura Alwi yang membuat keputusan di akhir pembelaan itu turut memerintahkan Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 61, menjalani hukuman penjara selama 3 tahun sekiranya dia gagal membayar denda.
Sementara itu, anak Arif, Ahmad Zukhairi dihukum penjara 5 tahun dan denda RM9.6 juta atau 10 tahun penjara selepas didapati bersalah atas 2 pertuduhan meminta dan 2 pertuduhan menerima suapan wang tunai pada 2016.
Bagi pertuduhan pertama hakim Azura memerintahkan Ahmad Zukhairi, 31, menjalani hukuman penjara 5 tahun dan denda RM3 juta atau 3 tahun penjara manakala pertuduhan kedua penjara 3 tahun dan denda RM6 juta atau 4 tahun penjara.
Bagi pertuduhan ketiga penjara 2 tahun dan denda RM350,000 atau 18 bulan penjara dan pertuduhan keempat 2 tahun penjara dan denda RM250,000 atau 18 bulan penjara dan mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.
Dalam penghakimannya Azura berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.
“Pembelaan tidak beri penjelasan yang jujur berkaitan intipati pertuduhan, keterangan pembelaan bersifat penafian kosong semata-mata,” katanya.
Hakim itu berkata keterangan saksi-saksi pendakwaan tidak bercanggah, sekiranya wujud percanggahan antara mereka ia tidak menjejaskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.
Beliau juga berkata pihak pembelaan juga gagal membuktikan alibi bahawa kedua-dua tertuduh tidak berada di tempat kejadian.
Arif didakwa bersuhabat dengan anak sulungnya itu untuk menerima suapan tersebut daripada pengarah syarikat, Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh berhubung projek BELB.
Perbuatan itu sebagai upah untuk mereka kerana memberi projek BELB Sistem Solar Hibrid di 4 buah pulau terpencil di Sandakan secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Jalan Cenderamulia di ibu negara pada 4.00 petang hingga 7.00 petang, 23 Ogos 2016, mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Selain itu Zukhairi juga didakwa meminta daripada Safian suapan 2% dari nilai projek sebagai dorongan untuk dirinya dan ayahnya melakukan transaksi untuk membantu syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd mendapatkan projek bekalan elektrik luar bandar sistem Solar hibrid di 6 buah pulau di daerah terpencil Sandakan, Sabah, secara rundingan terus reka dan bina di bawah projek KKLW bernilai RM60 juta.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama.
Ahli perniagaan itu juga didakwa atas 2 pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM120,000 daripada Zul Fadli Rozi, sebagai upah bagi dirinya melalukan transaksi iaitu membantu Syarikat HH Global Construction Sdn Bhd mendapatkan projek cadangan membina dan menyiapkan dataran rekreasi 3 aras dan kerja-kerja dan berkaitan di Persiaran Tasik Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Dia melakukan perbuatan itu di Permai Golf & Country Club, Danau Permai Resort Bhd, No 1 Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor dan di Garden Course Glenmarie Golf & Country Club, No 3 Jalan Usahawan U1/8, Shah Alam, Selangor, antara Ogos dan September 2016, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta serupa.
Hakim Azura membenarkan permohonan Arif dan Zukhairi yang diwakili peguam Afifuddin Hafifi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan terhadap keputusan itu selesai dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM200,000 kepada RM500,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, melapor diri ke pejabat SPRM Selangor setiap bulan dan pasport disimpan di mahkamah sehingga rayuan selesai.
Terdahulu, Afifuddin memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama kedua-dua anak guamnya dan mereka juga sentiasa memberi kerjasama sepanjang proses siasatan dan perbicaraan berlangsung.
Beliau berkata anak guamnya juga insaf dan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan serta berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi, manakala Timbalan Pendakwa Raya Irwan Shah Abdul Samat memohon hukuman setimpal berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan.
“Saya mohon hukuman penjara antara 5 hingga 7 tahun bagi tertuduh pertama dan 2 hingga 3 tahun bagi tertuduh kedua,” katanya.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena