Wednesday 14 November 2018

[Video Tolong siasat Datuk Mohd. Arif bin Abd. Rahman - Hasan Ali (2012)] Takbiiirrrr! #HidupUmno..Lagi satu kepala lembaga bakal tersenarai penyangak2 besar dalam negara & 6 kertas siasatan menunggu Azeez.

Khamis, 15 November 2018
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!... Salah satu kepala lembaga yg bakal tersenarai penyangak-penyangak besar dalam negara..
Dana Tabung Haji pon nak songlap sekali ??!
Takbiiirrrr... #HidupUmno

6 kertas siasatan menunggu Azeez

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedang menyiapkan sekurang-kurangnya enam kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Sumber berkata, Azeez dijangka dipanggil dalam masa terdekat bagi membolehkan SPRM melengkapkan sebahagian siasatan terhadapnya, membabitkan dana Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Tabung Haji serta mengambil komisyen dari sebahagian projek kerajaan sebelum ini.




Sumber berkata, enam kertas siasatan berkenaan termasuk ketika beliau ditahan reman selama 10 hari pada 25 September lalu.
“Terdapat banyak isu dan siasatan yang perlu dilakukan terhadap beliau dan pihak SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan ke atas Azeez termasuk memanggilnya semula berhubung beberapa perkara dalam siasatan.
“Antara isu berkenaan adalah siasatan terhadapnya yang disyaki melantik beberapa syarikat mempunyai kaitan dengan saudara-mara serta kenalannya untuk menjadi pembekal barangan bagi projek-projek KP1M sama ada di dalam atau di luar negara,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Katanya, Azeez yang juga pengerusi KP1M, adalah individu penting dalam siasatan kes berkenaan, namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai butiran siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan kes berkenaan sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.
“Kita pernah menahan reman beliau sebelum ini selama 10 hari dan siasatan ini adalah membabitkan kes berkenaan serta beberapa kes lain,” katanya.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena