Wednesday 14 November 2018

[Video Hannah Yeoh - Basuh baju waktu malam punca cerai] Hannah Yeoh tak faham maksud 'cerita dalam kelambu'.

Khamis, 15 November 2018

Related image

KENAPA TAK TIDUR LAGI ha!

Embedded video
Saya tanya byk aduan kursus kahwin hanya duk ckp ttg cerita dalam kelambu.@hannahyeoh kata dia tak faham soalan saya 😑

Hannah Yeoh tak faham maksud 'cerita dalam kelambu'

Jika semalam Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh mendapat perhatian ekoran jawapan tentang punca penceraian di Malaysia, hari ini beliau dihadapkan dengan soalan tentang pasangan yang ingin berkahwin pula.
Ia tentang kursus kahwin yang dilihat lebih banyak berkisar hubungan seksual berbanding aspek lain kehidupan rumahtangga - yang sememangnya telah dikritik sebelum ini.
Perkara itu dibangkitkan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi yang meminta kerajaan melihat perkara itu secara lebih mendalam dan melakukan perubahan terhadapnya.
"Pengalaman saya dan kawan-kawan yang melalui kursus ini...Banyak aduan (mengatakan) ia kurang berguna, lebih banyak cerita dalam kelambu.
"Lebih banyak cerita dalam kelambu yang membuatkan orang tidak lihat nilai (kursus itu) tetapi menghadirinya kerana (perlu) untuk kahwin," katanya, berdasarkan klip video sidang Parlimen yang dikongsikan di Twitternya.
Bangun daripada tempat duduknya, Yeoh berkata beliau tidak dapat menjawab soalan itu kerana tidak faham maksud 'cerita dalam kelambu'.
"Saya tak faham apa maksud cerita dalam kelambu," katanya, menyebabkan anggota parlimen yang lain ketawa.
"Jadi saya tak tahu bagaimana nak jawab soalan ini," katanya lagi.
Timbalan Speaker Nga Kor Ming menambah lagi suasana lucu itu apabila berkata: "Jawapan jelas. Hantar dia (MP Setiawangsa) kursus sekali lagi."
Mengulas perkara itu, seorang pengguna Twitter berkata Hannah tidak faham kiasan 'cerita dalam kelambu' kerana tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Nik Nazmi menjawab respons itu dengan berkata: "Hebat bahasa @Hannahyeoh. Dia mengelak saja."

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena