Wednesday 14 November 2018

[Video PKR, DAP nafi hantar nama untuk rombakan kabinet] Mahkamah putuskan kerusi Mat Hassan Jumaat ini & MB Negeri Sembilan: Rafizi ganti saya? itu keputusan nakal.

Rabu, 14 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Tiada berita yang lebih manis pada hari ini. Usaha selama berminggu2 melawan serangan kiri dan kanan akhirnya kemenangan milik pasukan Dato Seri Mohamed Azmin Ali.
Tahniah buat semua dalam pasukan Dato Seri Mohamed Azmin Ali.
Suleiman Akhlaken Apa pun jgn dilupakan jasa Rafizi.. kerana Rafizi, Khalid Ibrahim disingkirkan dan Azmin dapat jadi MB Selangor, kerana Rafizi, Azmin dpat jadi menteri kerana PH menang PRU14.. Azmin hanya bnyak di Selangor, Rafizi di seluruh semenanjung dan melalui sosial media, ceramah nya ditonton di Sabah dan Sarawak.. so jgn lupakan semua jasa Rafizi Ramli..

Mahkamah putuskan kerusi Mat Hassan Jumaat ini

Mahkamah Pilihan Raya di Seremban akan memutuskan Jumaat ini berhubung cabaran calon PKR, Dr S Streram terhadap bekas menteri Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang memenangi kerusi DUN Rantau tanpa bertanding.
Hakim Azimah Omar mempercepatkan tarikh keputusan itu kepada 16 November. Keputusan sebelum ini dijadualkan pada 20 November.
Ini dinyatakan dalam satu surat yang dihantar oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Mazlifah Mokhtar kepada pihak-pihak berkenaan semalam.
Dr Streram sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah timbalan presiden Umno sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding selepas pegawai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Amino Agus Suyub enggan membenarkan Streram memasuki pusat pencalonan pada 28 April lalu kerana beliau tidak mempunyai pas sah.
Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.

MB Negeri Sembilan: Rafizi ganti saya? itu keputusan nakal

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menolak spekulasi bahawa Rafizi Ramli akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan menggantikannya sebagai nakal.
Portal Utusan Malaysia hari ini memetik Aminuddin sebagai berkata bahawa naib presiden PKR itu mempunyai peranan lebih besar dan tidak wajar hanya menjadi pemimpin di peringkat negeri.
"Keputusan mahkamah berhubung kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau belum keluar tetapi sudah ada macam-macam spekulasi. 
"Saya bukan sayangkan jawatan. Saya sedia beri jawatan kalau itu kehendak pimpinan.
"Tetapi saya rasa kalau Rafizi diletakkan sebagai menteri besar Negeri Sembilan, itu adalah keputusan nakal kerana beliau sepatutnya mempunyai peranan lebih besar, bukan sekadar menjadi pemimpin negeri," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban, hari ini.
Aminuddin mengulas spekulasi kononnya bahawa Rafizi akan dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan sekiranya mahkamah memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan semula susulan petisyen difailkan calon PKR, Dr S Streram terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kerusi DUN itu dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Mohamad Hasan yang juga adalah timbalan presiden Umno pada PRU14 selepas Streram dihalang masuk ke pusat penamaan calon.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, beliau mempunyai dua atau tiga calon yang difikirkan sesuai dan tidak menolak anak tempatan akan diletakkan sebagai calon, namun menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
MK.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena