Wednesday 14 November 2018

[Video KES PENYELEWENGAN PROJEK TENAGA SOLAR, Rosmah disiasat SPRM] RUPA-RUPANYA ANAK BERANAK Melayu-Umno jadi penyangak besar! Rasuah: Bekas KSU KPLBW Era Najib UmnoBN & anak didenda RM12.6 juta.

Rabu, 14 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Melayu-UMNO berpolitik.. dok sembang dapat dedak peruntukan berbilion ringgit.. tapi tak sampai kepada melayu sendiri.. kerana itu wujud dgn jelas.. miskin luar bandar dan miskin bandar yang majoritinya melayu..

RUPA-RUPANYA ANAK BERANAK Melayu-UMNO jadi penyangak besar!
Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan wilayah luar bandar dan wilayah, Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya, Ahmad Zukhairi, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan.
Hakim Azura Alwi mendenda kedua-dua mereka sebanyak RM12.6 juta.
Mohd Arif disabitkan kesalahannya membantu anaknya menerima rasuah sebanyak S$200,000 (RM550,000) daripada sebuah syarikat tenaga solar untuk mendapatkan projek kerajaan pada Ogos 2016. 
Mohd Ariff dihukum penjara tiga tahun dan denda RM3 juta, atau tiga tahun penjara jika gagal menunaikan bayaran tersebut.
Sementara itu Ahmad Zukhairi, 35, didapati bersalah menerima rasuah, selain turut disabitkan kesalahan menuntut bayaran dua peratus daripada nilai projek terbabit.
Dia dihukum penjara lima tahun dan denda RM3 juta atau empat tahun penjara jika gagal membayar denda untuk kesalahan pertama, dan tiga tahun penjara dan denda RM6 juta, atau 10 tahun penjara jika gagal menjelaskan bayaran tersebut, bagi kesalahan kedua.
Kedua-dua tertuduh didakwa kerana memberi projek bekalan elektrik luar bandar sistem solar hibrid di empat pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.
Arif didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bersama Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama.
Manakala Zukhairi pula melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Mk.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena