Monday 12 November 2018

[Video Sidang Dewan Rakyat 12 November 2018 Sesi Petang] Shahidan dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000! Mahasiswa AMANAH tuntut kerajaan teliti semula kaedah bayaran balik PTPTN.

Isnin, 12 November 2018
Foto Suara Rakyat.
KANGAR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin dalam pendakwaan kes cabul seorang remaja 15 tahun, sebentar tadi.
ADAKAH beliau akan cuba sekali lagi berangkat menunaikan Umrah masih belum pasti..

Mahasiswa AMANAH tuntut kerajaan teliti semula kaedah bayaran balik PTPTN

Mahasiswa AMANAH tuntut kerajaan teliti semula kaedah bayaran balik PTPTN
Mahasiswa AMANAH Nasional komited untuk terus menuntut kerajaan hari ini mengotakan janji dan harapan yang diberi kepada mahasiswa-mahasiswi dalam PRU-14 yang lalu.
Pengerusinya, Fakhrul Razi Hamdan berkata, kerajaan dituntut mengkaji semula secara lebih mendalam dasar-dasar yang diumum dalam Belanjawan 2019 dan berharap kebajikan golongan mahasiswa dipandang berat.
“Beberapa pengumuman baharu jelas mengecewakan sebahagian golongan masyarakat khususnya mahasiswa yang sama-sama menyumbang kepada perubahan dan pembentukan kerajaan hari ini.
“Antara isu yang menggusarkan mahasiswa adalah berkenaan pinjaman dan pembayaran balik PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
“Kami tidak minta kerajaan untuk membuat keputusan yang populis tetapi cukuplah sesuatu keputusan itu membantu rakyat dan mengurangkan beban mahasiswa dalam menghadapi kos sara hidup hari ini,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Menurutnya, kerajaan perlu mengembalikan dasar pinjaman boleh ubah kepada kepada graduan kelas pertama seperti amalan sebelum ini.
“Dasar ini secara langsung telah menjadi sumber galakan dan motivasi kepada mahasiswa sebelum ini untuk berusaha mendapat keputusan cemerlang dalam akademik bagi memperoleh ijazah kelas pertama lalu tidak perlu membayar semula pinjaman mereka,” katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan penangguhan pembayaran hutang PTPTN secara berperingkat bermula dari jumlah pendapatan yang dilihat munasabah seperti di bawah RM2,000 sebulan.
“Gaji RM2,000 sebulan itu juga masih belum benar-benar mencukupi untuk menampung kos kehidupan terutama di kawasan bandar dan ditambah pula akan ditolak untuk pembayaran hutang pinjaman.
“Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada wajib membayar kepada yang bergaji RM1,000 ke atas dan hal ini secara jelas juga tidak relevan kerana had gaji minimum pun baru dinaikkan kepada RM1,100 sebulan,” hujahnya.
Beliau juga menuntut kerajaan menilai semula kadar yuran dan kos pengajian di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan pinjaman PTPTN.
Fakhrul Razi mendakwa wujud manipulasi terhadap pelajar yang dipaksa membayar perkhidmatan dan perkara-perkara yang tidak digunakan langsung sepanjang pengajian sehingga menyebabkan terpaksa menerima pinjaman dengan jumlah tinggi.
Kerajaan juga, ujarnya, perlu menghapuskan sistem ujrah PTPTN yang dianggap menjadi beban hutang tambahan kepada para peminjam dengan penambahan mencecah ribuan ringgit daripada jumlah kos pinjaman sebenar.
Alasan
Tambahnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mengembalikan penggunaan Kad Diskaun Siswa atau mewujudkan skim subsidi seperti insentif itu yang dapat membantu meringankan beban sara diri mahasiswa.
Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan diingatkan agar melaksanakan gerak kerja dan usaha untuk membantu rakyat serta melaksanakan tugas dengan amanah dan adil.
“Cukup-cukuplah memberi alasan dalam kegagalan melaksanakan janji dengan menyalahkan kerajaan terdahulu yang memang kita semua sedia maklum kerosakan dan kebobrokan yang telah dilakukannya maka biarlah pihak pengadilan menghukum mereka jika terbukti bersalah.
“Mahasiswa AMANAH sentiasa bersedia untuk terus membantu mengukuhkan kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan hari ini selagi mana kerajaan ini dipandu dan dipimpin secara adil dan jujur serta membantu rakyat,” katanya.
Walau bagaimanapun, Fakhrul Razi berpendapat beberapa intipati pengumuman baharu dalam Belanjawan 2019 memberi keceriaan kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat di luar bandar dan golongan 40 peratus yang berpendapatan terendah dalam kalangan rakyat (B40).
“Antara inisiatif yang dilihat membawa kegembiraan ialah pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan kepada B40 dan warga emas dan pas bulanan pengangkutan awam kepada warga bandar.
“Turut disambut baik ialah peruntukan yang tinggi untuk menaik taraf dan penyelenggaraan sekolah serta pengiktirafan kepada golongan wanita,” ujarnya lagi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena