Monday 12 November 2018

[Video Isu baja NAFAS 'cap dacing hancing' & Noh Omar Kena Tuju Dengan MP PH Isu Subsidi] Umno menumpang di 'rumah lain' jika dibubarkan.

Isnin, 12 November 2018

Image result for Baja cap dacing

Related image

Umno menumpang di 'rumah lain' jika dibubarkan

Umno kelihatan tidak goyah malah mempunyai tersendiri jika ditakdirkan parti itu terpaksa dibubarkan.
Timbalan presidennya Mohamad Hasan berkata sekiranya perkara tersebut berlaku anggota majli tertinggi parti itu mempunyai formula tertentu dan menyediakan banyak pilihan bagi memulihkan keadaan.
"Kalau (Umno) terbubar, ada tiga, empat cara untuk kita mengembalikan keadaan seperti biasa.
"Salah satu cara mengatasi (pembubaran itu) adalah dengan menumpang sementara di rumah BN," katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.
Isu pembubaran Umno timbul hasil beberapa perkembangan yang berlaku dalam negara ekoran keputusan majoriti pengundi memilih PH untuk memerintah menggantikan BN buat pertama kali dalam tempoh lebih enam dekad.
Selain gesaan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, isu yang lebih besar ialah parti itu diarah memberi surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.
Malah Ahmad Zahid juga - pada Okt lalu - mengakui tidak mustahil Umno akan diharamkan mengikut undang-undang.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pula menegaskan ROS memang berhak meminta maklumat apa yang dirasakan perlu daripada sesebuah pertubuhan.
"Kalau ada perkara yang tak ikut peraturan atau perlembagaan parti, itu tugas ROS (untuk dapatkan penjelasan),” katanya.
Mohamad berkata beliau yakin dengan kerjasama antara parti dalam BN anggota Umno tidak adamasalah untuk meneruskan perjuangan politik mereka melalui gabungan berkenaan.
"Bahkan, kita telah pun melihat dan meninjau. Jika perlu kita jadikan BN sebagai rumah kita (untuk) menumpang sekejap.
"BN boleh ambil ahli secara terus sementara kita pulihkan Umno, katanya yang dipetik semasa berucap dalam perjumpaan khas anggota Umno bersama Ahmad Zahid di Melaka semalam.
Untuk rekod sebelum PRU ke-14 diadakan 9 Mei lalu ada lebih 10 parti bergabung dalam BN namun jumlahnya merosot dengan drastik apabila PH membentuk kerajaan.
Selain Umno parti yang masih menganggotai BN ketika ini ialah MIC dan MCA.
Kata Mohamad 'menumpang' di rumah parti rakan dalam BN lebih berkesan berbanding cuba menubuhkan parti baru.
Menurut bekas menteri besar Negeri Sembilan itu ada kemungkinan kerajaan akan melambat-lambatkan kelulusan penubuhan parti baru nanti.
"Parti dah ada, kita dengan BN dah lama (sejak) dari Parti Perikatan... kita pinjamlah, minta tolong rakan-rakan dalam parti itu sebab kita ada masalah.
"Kita ramai-ramai (orang Umno) masuk BN dan kuatkan BN, pastikan PRU ke-15 kita rampas Putrajaya," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena