Sunday 11 November 2018

[Video Anwar, Zahid bertegur di lobi Parlimen] Pembangkang MEROYAN gila-babi! Kerajaan PH Kedah kini PH 19 dan BN/PAS 17...Adun Guar Chempedak keluar Umno & 'Langau' dah terbang dari Umno, kata Tok Mat.

Isnin, 12 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Bila PH umum RM12 juta setahun peruntukan bg Sekolah Persendirian Cina, gila babi macai UMNO & walaun meroyan membantah mempertikaikannya..

TETAPI BILA NAJIB UMUM RM15 JUTA SETAHUN (lebih tinggi daripada peruntukan PH) untuk Sekolah Persendirian Cina pula, KENAPA macai UMNO & walaun jadi bisu?
#PembangkangPembangang
Foto Otai BERSIH.
TERKINI!
ADUN GUAR CHEMPEDAK UMUM KELUAR BN ISYTIHAR BEBAS PRO KERAJAAN PH KEDAH.

YB Dato Ku Rahman menghantar surat kepada speaker DUN Kedah memberitahu beliau keluar dari Umno/Bn, menjadi bebas dan menyokong Kerajaan.
Bermakna Kerajaan PH Kedah mempunyai kerusi DUN yang baru. Kini PH 19 dan BN / PAS 17.

Adun Guar Chempedak keluar Umno

Adun Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengambil keputusan untuk keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Menurut Bernama, perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah Ahmad Kassim sebaik persidangan DUN bermula pagi ini.
"Perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui satu surat yang diterima semalam...Jadi tempat duduk beliau dalam dewan ini akan berubah," katanya seperti dipetik.
Untuk rekod, Ku Abdul Rahman, 62, merupakan seorang daripada tiga adun BN yang sebelum ini menyokong pelantikan speaker yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) susulan kebuntuan memandangkan PH dan pembangkang mempunyai jumlah adun yang sama.
Mk.

'Langau' dah terbang dari Umno, kata Tok Mat

Langau - itu istilah yang dilabelkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk penyokong partinya yang kini meninggalkan pertubuhan berkenaan.
Menggunakan kiasan Mohamad berkata 'langau-langau' terbabit meninggalkan Umno selepas tiada lagi apa-apa yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.
"Langau-langau dah terbang dah. Tidak ada benda yang nak dihisap lagi, mereka pun terbang.
"Biarlah langau ini terbang dan biarlah kita di sini menjadi garam," katanya seperti dipetik portal umno-online semalam.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena