Sunday 11 November 2018

[Video Gelek Punggung Ali Tinju] Oittt, belum mati lagi, dah takmo jaga Najib dan Rosmah ke? Sekarang nak jaga Tun M & Tun Siti pulak! Bersatu enggan terima Ali Tinju, Kah3.

Isnin, 12 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Oittt.. belum mati lagi .. dah takmo jaga Najib dan Rosmah ke? 
Sekarang nak jaga Tun M & Tun Siti ke?
Foto Otai BERSIH.
Ali Tinju hantar borang masuk BERSATU. Lepas ni bawak masuk Jamal Jamban dan last sekali Lokman Lobak. Cukup pakej sampah. Nak masuk tak boleh halang, sebab akhirnya pimpinan yang akan buat keputusan terima atau tak. Yang aku tak faham yang siap buat acara untuk sesi penyerahan borang kenapa?

Tak lupa aksi lalu, Bersatu enggan terima Ali Tinju

Hasrat veteran Ali Tinju untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Bersatu nampaknya tidak akan kesampaian, dan keputusan itu hadir belum pun 24 jam selepas dia menyerahkan borang permohonannya.
Dan punca penolakan itu pula, kata seorang pemimpin kanan Bersatu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kelakuan Ali sendiri.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya berkata pargi itu tidak memerlukan orang seperti Ali untuk menjadi ahli.
Ditanya mengenai kemungkinan Ali - atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom - akan ditolak, Marzuki dengan tegas menjelaskan: "Bukan kemungkinan lagi. Kita (memang) akan menolak permohonan dia."
Menurut Marzuki beliau masih mengingati dengan jelas apa yang pernah dilakukan Ali kepada perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin lain dalam Bersatu sebelum ini.
"Saya tak pernah jumpa orang macam ni," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Nama Ali Tinju memang bukan aneh suatu ketika dulu, terutama dengan pelbagai aksinya yang begitu menonjol, termasuk mengadakan 'senaman bontot' di depan peguam kanan dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena