Sunday 11 November 2018

[Video Salah guna kuasa jadi punca rasuah] Pertemuan Dr M, Putin mungkin bincang MH17.

Isnin, 12 November 2018

Pertemuan Dr M, Putin mungkin bincang MH17


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ke-33 ASEAN di Singapura nanti.
Mesyuarat dijadulkan pada hari Selasa. Putin berada di negara pulau ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-3 ASEAN-Russia dan Sidang Kemuncak ke-13 Asia Timur.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang mengesahkan pertemuan itu berkata insiden Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh semasa melalui zon konflik di Ukraine Timur pada tahun 2014, mungkin akan menjadi antara tajuk perbincangan.
“Pendirian kita sentiasa jelas, kita masih menunggu laporan konklusif dari Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT),” katanya dalam satu persidangan media di Singapura hari ini.
Selepas empat tahun siasatan berhubung insiden Penerbangan Malaysia MH17 itu, pasukan JIT yang diterajui negara Belanda itu berkata pewasat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia, BUK TELAR.
Pasukan itu percaya senjata BUK TELAR digunakan untuk menembak jatuh MH17, dan ia berasal dari Briged ke-53 Anti-Aircraft Missile (53rd Brigade), yang merupakan satu unit Tentera Rusia dari Kursk dalam Persekutuan Russia.
Anggota JIT terdiri daripada polis dan pendakwaraya dari Belanda, di samping para pegawai dari Malaysia, Australia, dan Ukraine.
Pesawat Boeing 777 itu sedang dalam perjalanan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak semasa melintasi zon konflik di Ukraine Timur, mengakibatkan 298 orang terbunuh.
Selain Putin, Dr Mahathir juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena