Wednesday, 12 March 2014

MH370: Tingkat 5 HALL DEPARTURE KLIA... Solat Hajat & Bacaan Yasin...Tak terima usul saya tak mengapa - Mahfuz

Rabu, 12 Mac 2014
Foto

MH370: Tak terima usul saya tak mengapa, kata Mahfuz

     
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul merakamkan kesedihan terhadap kehilangan Pesawat MAS MH370, yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam usul tersebut, Mahfuz menggariskan tiga asas mengapa penting untuk usul tersebut diterima dan dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

Katanya, adalah penting bagi parlimen sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas apa yang berlaku sekaligus menyatakan kebersamaan kepada keluaga yang terlibat.

"Alasan juga bahawa ianya sedang disiasat, dan perbahasan di Dewan Rakyat boleh membantu siasatan.

"Ini kerana kita lihat kenyataan-kenyataan dikeluarkan tunjuk siasatan bercelaru dan kenyataan-kenyataan bercanggah," kata beliau sambil merujuk isu penumpang yang mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat MH370 itu.

Beliau juga menjelaskan, isu MH370 ini juga telah mendedahkan beberapa lagi isu berbangkit, termasuk menyentuh soal sistem keselamatan negara.

Ianya termasuk isu penumpang yang boleh bolos biarpun menggunakan pasport palsu.

"Ini sekaligus boleh menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia.

"Tak terima usul saya tak mengapa. Kerajaan sendiri boleh bawa usul, kami (Pakatan Rakyat) sokong dan kita bahas sama-sama," katanya.

Speaker bagaimanapun menjelaskan penolakan itu dibuat dengan alasan bahawa ianya boleh dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam sesi perbahasan Titah Diraja, dan ianya juga telah disebut oleh speaker ketika sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena