Monday, 31 October 2016

[Video 'Parlimen kecoh lagi'] Amanah KUTUK tindakan terhadap Husni...Polis tangguh soal siasat terhadap Husni.

Isnin, 31 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TINDAKAN TERHADAP AHMAD HUSNI
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno BN mengheret bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk disiasat ekoran ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di parlimen.
Dua lagi dijangka menerima nasib sama adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal .
Bagi AMANAH Perdana Menteri Datuk Seri Najib kini sangat terdesak dalam usaha menyelamatkan dirinya sehinggakan ahli parlimen yang dilindungi hak keistimewaan di bawah Akta 63(2) Perlembagaan Persekutuan itupun mahu didakwa.
Sebagai seorang ahli parlimen, Datuk Seri Ahmad Husni hanya bertanya dan meminta penjelasan di dalam dewan yang mulia. Sepatutnya di dewan ini ahli parlimen boleh menyampaikan pandangan mewakili rakyat "without fear or favour" dan mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang.
Speaker dan seluruh ahli parlimen Umno sepatutnya mempertahan hak keistimewaan ini dan menjaga kemuliaan dewan bukannya bertindak menyokong tindakan ke atas bekas menteri ini semata-mata mahu membodek dan mengikut telunjuk Najib.
Adalah lebih jelik apabila ada pula NGO membuat laporan polis mendesak agar tindakan diambil kepada ahli parlimen yang bercakap tentang kepentingan rakyat ini. Saya tidak faham apa kepentingan NGO ini. NGO sepatutnya berjuang untuk kepentingan rakyat bukan mempertahan pemimpin korup yang sedang merosakkan negara.
Apa lagi institusi yang masih berdaulat di negara ini kalau parlimen sendiri sudah tiada kemuliaan dan keistimewaan untuk membela kepentingan rakyat?
Harapan Baru
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
31 Oktober 2016
Image result for Gambar Husni Hanadzlah

Polis tangguh soal siasat terhadap Husni

Pihak polis menangguhkan soal siasat mereka dengan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehingga satu tarikh yang dijangka pada minggu hadapan.
Ahmad Husni sepatutnya merekodkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini.
Beliau tiba pada pukul 2.15 petang dan meninggalkan Bukit Aman 15 minit kemudian.
Bekas menteri itu dilihat turut memegang salinan peraturan tetap Dewan Rakyat dan beberapa dokumen lain.
Turut hadir beberapa anggota parlimen Pakatan Harapan dan bekas anggota BERSATU Datuk Khairuddin Abu Hassan yang berada di sana untuk memberikan sokongan moral kepada Ahmad Husni.
Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Tian Chua (Batu), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, tiga bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Husni, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan dengan mendedahkan perbincangan kabinet.
Ketiga-tiga mereka menyentuh mengenai 1MDB semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut laporan Bernama, dua NGO Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab Sahabat Najib (N87) Kuala Lumpur telah membuat laporan polis terhadap mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena