Saturday 29 October 2016

[Video] APA LAGI CINA MAU? & Apa pulak Melayu mau? Najib musuhi DAP tapi intim dengan China, kata Kadir Jasin

Ahad, 30 Oktober 2016

 182 4 0 188

Najib musuhi DAP tapi intim dengan China, kata Kadir Jasin

 | October 29, 2016
Najib mungkin tidak sedar sedang mematikan legasi bapanya yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata, bukannya mendominasi dengan wang ringgit.
jasin
KUALA LUMPUR: Datuk A Kadir Jasin melahirkan kebimbangan terhadap pergantungan keterlaluan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak terhadap China.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu melalui blog peribadinya hari ini berkata, pemimpin negara sepatutnya berasa bimbang dengan hegemoni baru China apatah lagi dengan “politik” mereka yang sedang giat mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya.
“Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukannya China mendominasi kita dengan wang ringgit,” katanya.
Menurut beliau lagi, keintiman tindakan Najib juga sangat bertentangan dengan sikap bermusuhan Umno dengan parti Cina DAP.
“Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negara China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China,” kata beliau.
Kadir berkata, terdapat 2 perkembangan besar yang sangat berkaitan dengan kenyataan Najib pada 21 Oktober yang meminta didoakan lawatan beliau ke China membwa kejayaan lumayan kepada negara.
“Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, 2 perkembangan besar berlaku.
“Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin menyifatkannya sebagai ‘permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China’.
“Kedua, pada 28 Oktober, Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pantai daripada China.”
Menurut Kadir lagi, lawatan Najib itu dipercayai cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.
Beliau turut mempersoalkan mengapa China menjadi pilihan Najib, adakah kerana China mempunyai modal dan negara kemuflisan modal; atau adakah China ada kepakaran, tetapi kita ketandusan kepakaran?
“Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Najib ekoran skandal global 1MDB?
“Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negara China?”
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena