Saturday 22 October 2016

[Video] Konvoi BERSIH 5 diganggu di Johor, namun 'settle' boleh lalu..."Kalau jumpa Mahathir, saya ludah tangan dia," amaran Jamal

Sabtu, 22 Oktober 2016



Image result for Gambar mahathir

Jamal: Kalau jumpa Mahathir saya ludah tangan dia

Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau kesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.
Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.
"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.
"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor hari ini.
Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah tua.
Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.
Bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar Umno untuk membantah kepimpinan Najib dan membentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena