Friday 28 October 2016

[Video Hati Najib sedang RESAH?] Hari ini orang MISKIN MATI tuan-tuan! Ke mana hala tuju PAS selepas dibohongi umpan perpaduan ‘Melayu-Islam’ Umno?

Sabtu, 29 Oktober 2016


Image result for Gambar najib

Maksud yg mendalam,kalau tak faham lagi, tak tau la....

[Asalamualaikum teman dan sahabat....dan terutama buat istiriku ank ank dan keluarga tersayang...ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yg kulakukan ini tak pernah terlintas utk ku lakukan...diharap jgn la orang ramai kecam dan hina isteri ank ank dan keluaga ku...ku amat tertekan dgn kerajaan yg zalim....kerana kes rokok yg nilai rampasannya hanya 160 aku akan dipennjarakan...ini kesalah pertama aku pada tahun 2012 ...br sekarang naik makamah....tarikh naik court kelmarin tp di.. tunda hari inii.....bulan 8 yg lepas aku dah kena kes yg sama iaitu juai rokok murah...yg nilai nya 200 ..hampir di reman semingu dan mujurla ada surat kematian ank ku yg ketiga... ku dikenakan jaminan 3 k.....kena bulan 2 naik court bulan 8 dan di hukum 4k atau 4 bulan penjara....ku setle 4 k dan duit pun jenuh hutang kawan.......ya aku mengaku salah perkara itu salah....tp hukumannyaaa tak setimpal....yg pengarah tibai berjutaa boleh lpasss pulak dgn duit jaminan....celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... beniaga kdai runcit kampung jeee bkn untung besar punnn ....margin cukup nipis di bebani dgn cukai gst lagiii.....memang kerajaan sekarang zalimmmm....arini aku mengambil ksputusan utk tidak pegi makamah kerana aku dah tak punya duit ...byk bebanan aku nk tangungg...dan kutak sanggup dipenjarakan...dgn ini.ku.memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi....aku akan tamatkan riwayat akuu....kerana byk kali ku bermimpi lemas di lautan..........................................................................................................................

ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita di pimpim pemimpin yg zalim..

dan yg terakir buat presiden pas jgn la tertipu dgn pimpinan umno depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yg nk di bawak tu agar pembangkang berpecah....bersatula kembali mwnjadi pembangkang yg kuat...agar nasib mcm aku terbela.....nanti dah jd kerajaan media dah di control sng nk yakinkan rakyat tentang rang yg nk dibawak tuuu......


ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah....maapkan akuu]


Ke mana hala tuju PAS selepas dibohongi umpan perpaduan ‘Melayu-Islam’ Umno?

28 Oktober 2016 oleh Hafiz Zainuddin
Cita-cita peribadi dan misi jemaah adalah sesuatu yang jauh berbeza. Lebih-lebih lagi bila sudah wujud konsensus bersama yang dinamai tahaluf siyasi dalam sesebuah gerakan siasah.
Situasi ini dapat dilihat apabila PAS ‘tercicir’ dari bahtera Pakatan Rakyat sekaligus menguburkan agenda yang disetujui bersama sebelum ini.
PAS makin tertekan bila kegelojohan cita-cita peribadi ‘hudud’ atau setidak-tidaknya sekarang, RUU355 telah dipergunakan Umno untuk kepentingan politik mereka.
Persoalan mula timbul. Adakah Presiden PAS tidak fikir panjang sebelum kemukakan usul itu atau sememangnya ia adalah rancangan bersama apabila beliau, senang dilihat mesra dan baik dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.
Ada pihak mengatakan hubungan Hadi dan Najib itu demi ‘perpaduan Melayu dan Islam’. Namun, realiti politik tidak memberi ruang untuk itu berlaku memandangkan UMNO yang menjadi nakhoda BN terbukti gagal melaksanakan dasar-dasar adil khususnya dasar-dasar ekonomi mapan yang akhirnya memangsakan golongan pekerja dan miskin – yang kebanyakannya juga ‘Melayu Islam’.
Akhirnya, usul RUU355 yang pada mulanya diletak sebagai usul perbahasan nombor empat kini sudah semakin terkebawah. Pimpinan dan ahli PAS yang riuh bertakbir gembira pada ketika ia dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat kini pun sudah ada yang berasa curiga.
PAS terus menerima tamparan memalukan apabila Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin menyatakan bahawa perbahasan RUU355 tertakluk pada kerajaan sama ada mendahulukannya atau tidak. Dalam erti kata lain, hanya kerajaan sahaja yang berkuasa menentukannya.
Malah, jika diluluskan sekalipun dalam perbahasan Parlimen sesi ini, RUU tersebut perlu melalui beberapa lagi sekatan termasuk sebelum perbahasan mengenainya diteruskan.
Kini, PAS semakin terhimpit dalam permainan Umno yang mengatasnamakan ‘Perpaduan Melayu dan Islam’ yang sebenarnya sangat abstrak dan longgar. Mengapa terlalu mudah PAS termakan umpan Umno?
Sepanjang polemik ‘hudud’ dan RUU355 ini, kita telah melihat banyak korban besar berlaku. Anasir pro-Umno di dalam PAS yang senyap-senyap berkempen bahawa ’pendekatan melalui Pakatan Rakyat merugikan PAS’ sebelum ini, sudah memecahkan gerakan Islam tersebut dan merugikan tahaluf siyasi dalam PR yang amat digeruni BN.
Polemik ini juga telah memberi mudarat kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam akibat gejala takfiri dan label melabel oleh pemimpin akar umbi PAS terhadap mereka yang tidak meyokong RUU355 tersebut.
Sedang PAS semakin terhimpit dalam ruang lingkup hitam putih dan Umno. Gemblengan baharu oposisi melalui Pakatan Harapan semakin utuh dan berkesan dengan prinsip wahdatul fiqh wahdatul ‘amal (kesatuan fikrah dan kesatuan amal) untuk Malaysia yang lebih baik.
Hanya masa yang menentukan halatuju PAS selepas ini. Mungkin inilah yang dipanggil orang, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, kena tipu sampai ke sudah. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena