Monday 31 October 2016

[Video Ahli Umno dah marah!] Bukti kerajaan tiada duit? Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak...Senang-senang ‘Rosmah dapat RM85 juta’!

Selasa, 1 November 2016

Image result for Gambar minyak masak habis
Ooo..patutlah minyak masak habis di pasaran. Rupanya dibuat minyak pelincir kereta. Haha. (Sekadar gambar hiasan)

Dari PutraJaya terbang ke Beijing..
Rakyat risau bercampur curiga...
Harga Minyak Masak telah dinaikan..
Kini giliran minyak Petrol pula..

Ya.. Allah.. tabahkan hatiku dan marhaen senasib...

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.
Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.
Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.
Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.
Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.
“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.
Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.
“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.
‘Rosmah dapat RM85 juta’
Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.
“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.
Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.
Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.
“Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung,” kata Rayner lagi.
Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.
Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.
Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.
“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,” dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini.

Harga minyak naik lagi bukti kerajaan tiada duit?

Muhammad Faeez Azahar
Muhammad Faeez Azahar
Kenaikan harga minyak yang diumumkan untuk bulan November membuktikan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing, kata Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar.
Beliau berkata, belum sampai sebulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017, ia telah membuktikan bajet yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan.
"Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2017 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.
"Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya.
"Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan.
Mulai esok harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter.
Harga baru tersebut lebih tinggi berbanding Januari lalu apabila RON95 berada pada paras RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).
Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini kata Faeez, sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.
Beliau menambah, kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan sekaligus menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena