Saturday 22 October 2016

RUPA-RUPANYA, 'anak tiri Najib, anak kandung Rosmah mampu hidup mewah melampau2 di AS' & Konvoi Bersih 5 akan jelajah 30 kawasan di Perak

Ahad, 23 Oktober 2016
RUPA-RUPANYA.. anak tiri Najib Razak, anak kandung Rosmah..RIZA AZIZ dan kawan rapatnya JHI LOW mampu menikmati hidup mewah melampau2 di AS dan didakwa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dibiayai melalui wang yg diselewengkan drpd #1MDB.

Rakyat bayar, keluarga Najib & beranak belanja boros di AS.
#KonvoiBersih turut membuat pit stop di hadapan tempat penahanan ISA di Kamunting, Perak. Perjuangan rakyat selama 20 tahun telah memansuhkan ISA, tetapi perjuang belum selesai. Sekarang untuk memansuhkan korupsi dan kezaliman yang masih ada.


[BM] Update gambar-gambar #KonvoiBersih hari ini.
Konvoi BERSIH 5 akan dilancarkan pada 1 Oktober 2016 dan akan berlangsung setiap hujung minggu sehingga perhimpunan BERSIH 5 pada 19hb November 2016.
Konvoi tersebut akan bermula dari enam kawasan di seluruh negara, iaitu dari Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak. Konvoi BERSIH 5 akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu .
Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kami akan terjejas.
Konvoi BERSIH dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Semasa konvoi Bersih, peserta akan membuat perlbagai aktiviti seperti mengedar risalah BERSIH 5, flash mob’ dan berbual dengan penduduk tempatan tentang isu semasa.
Konvoi Bersih 5 akan jelajah 30 kawasan di Perak
Periasamy (tiga kiri) dan Kar Hing (dua kiri) bersama antara pimpinan Bersih 5 yang ditemui, hari ini.
IPOH - Konvoi Bersih 5 akan menjelajah ke 30 kawasan di Perak bagi menyampaikan mesej kepada rakyat berkaitan tuntutan perubahan sistem demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.
Ketua koordinator Bersih 5, Sektor 2, Perak, R Periasamy berkata, konvoi berkenaan akan bermula pada 22 Oktober ini di Parit Buntar dan akan berakhir di Tanjung Malim sekitar 15 November depan.
"Antara kawasan yang dijelajahi adalah Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Meru, Ipoh, Tanjung Rambutan, Batu Gajah, Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai dan sebagainya.
"Ini merupakan tanggungjawab besar bagi konvoi Perak untuk memastikan mesej-mesej yang dibawa Bersih 5 dapat disebarkan di bandar utama, pekan kecil mahupun kampung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di YMCA Ipoh, hari ini.
Menurutnya, konvoi Bersih 5 itu juga akan mendapat kerjasama daripada pihak polis selain dibantu skuad Keadilan dan (Arif) bagi memastikan keselamatan peserta terjamin.
"Oleh yang demikian, kami dari pasukan konvoi Perak dengan ikhlasnya menjemput warga negeri yang mendukung prinsip demokrasi dan tuntutan perubahan pilihan raya supaya bersama mengambil bahagian," katanya.
Selain itu, Kar Hing pula berkata, beliau menjangkakan konvoi itu berkemungkinan akan diganggu dengan provokasi daripada kumpulan baju merah pimpinan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.
"Aspek keselamatan perlu ditingkatkan kerana konvoi di Perak merupakan yang paling lama (jelajah). Kita jangkakan mungkin provokasi akan lebih hebat dari sebelum ini," katanya.
Katanya, meskipun kesal dengan provokasi kumpulan baju merah terhadap peserta Bersih 5 sebelum ini, namun pihaknya berlapang dada untuk menyelesaikan konflik berkenaan dengan cara yang lebih bertamadun.

"Kita bersedia untuk berdebat dengan kumpulan baju merah terutama Jamal jika mereka tak berpuas hati. Lakukan dengan cara yang bertamadun bagi menyelesaikan sebarang perbezaan," katanya.
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena