Thursday, 27 October 2016

[Video Nasihat khas buat penerima 'BRIM' & Menteri makan 'dedak'] 'KHABAR ANGIN' kenaikan harga minyak masak sebelum pembentangan Bajet 2017 ADALAH BENAR! Semuanya era M01...

Khamis, 27 Oktober 2016

Image result for Gambar minyak masak habis
Harga Minyak Masak Naik Bulan Depan Lapor Oriental Daily?

Nah sebarkan jika anda setuju...!!!
Kakitangan KPDNKK bermesyuarat utk kenaikan harga minyak tp MENTERI berjanji dgn rakyat tiada kenaikan kecuali minyak 1kg. Semua menteri najib kerjanya kencingkan rakyat shj.

Semuanya era M01...

Nampaknya khabar angin mengenai kenaikan harga minyak masak yang hangat sebelum pembentangan Bajet 2017 adalah benar. Sebelum ini ada pihak yang menafikannya.
Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuki Seri Hamzah Zainudin mengumumkan struktur baru harga minyak masak berkuatkuasa 1 November 2016.

harga-minyak-masak-naik-pada-1-november-2016

Harga minyak masak naik pada 1 November 2016…

Selepas kajian mendalam dibuat oleh pihak kementerian, mulai 1 November 2016 harga jualan bagi minyak masak pek 1 kilogram ditetapkan pada harga RM2.50/kg.
Jelasnya, penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein). Pada Januari tahun lepas harganya adalah RM2,341 satu tan namun kini ia hampir RM3,000 satu tan.

Subsidi RM100 juta sebulan…

Beliau menjelaskan tanpa penstrukturan semula minyak masak itu, kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak bagi November dan Disember berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses.
“Kerajaan mengekalkan harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan terus menikmati subsidi kerajaan,” katanya dipetik sumber info.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 2016 telah bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilization Scheme-COSS) dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bermula 1 November 2016.

Kurangkan seludup ke negara jiran…

Minyak masak dalam botol termasuk 1kg dianggarkan berharga di antara RM3.70 hingga RM3.90 mengikut harga pasaran. Penstrukturan semula minyak masak ini diharap dapat mengurangkan bahan asas itu diseludup keluar ke negara jiran.
Kerajaan memperuntuk RM600 juta untuk subsidi minyak masak dalam Bajet 2016 manakala peruntukan subsidi itu untuk tahun depan belum dimuktamadkan.
Namun begitu, bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini berkata kerajaan terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan matrik minyak masak sebulan tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan minyak masak sebulan.
AMMBOI DOT COM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena