Thursday 27 October 2016

[Video] RUU 355 Digunakan Untuk Mengkafir Sana Sini? PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi? Dengar Hujjah Mantap Mujahid.

Khamis, 27 Oktober 2016
Image result for RUU 355
Sedang viral di media maya, Ust Shaharuddin Ibrahim, YDP Pas Padang Serai yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya ...



PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi

 | October 26, 2016
Setiausaha agung PAS berkata RUU itu hanyalah sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.
takiyuddin-pas-hudud
KUALA LUMPUR: PAS hari ini berkata parti itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat, Mei lalu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.
“PAS tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang PAS yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili PAS.
“PAS memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat.
Malaysiakini.
Image result for RUU 355

RUU Akta 355: Terpulang speaker nak letak nombor 40, kata Hadi

Gagal menjelaskan usul persendiriannya berkenaan pindaan Akta 355 ditolak daripada nombor empat jatuh ke nombor tujuh dalam aturan mesyuarat Parlimen, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) menganggap ia terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan giliran untuk beliau membentangkan usul tersebut.
Menurut Presiden Pas itu, anjakan giliran untuk beliau membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian itu juga tiada kena mengena dengan dirinya.
"Kenapa (usul persendirian) naik, turun, itu urusan speaker. Bukan urusan saya. Saya kemukakan usul, terpulang pada mereka nak letak nombor satu ke, tujuh, 40.
"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Reaksi beliau itu selepas menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) tentang usul pindaan bagi memperkasakan hukuman jenayah di Mahkamah Syariah itu yang disifatkan sebagai 'naik dan turun' dalam kertas perintah.
Chong turut menyoal kemungkinan Abdul Hadi mempunyai 'udang di sebalik batu' bersama Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) supaya usul itu dimasukkan dalam aturan mesyuarat.
"Boleh tahu apakah udang di sebalik batu atau persetujuan sulit antara Marang dan Pekan supaya usul dapat dinaikkan serta dapat memecahbelahkan pembangkang supaya Umno dapat tadbir negara?" soal Chong lagi.
Pada hari pertama persidangan iaitu 17 Oktober lalu, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi itu tidak sempat dibahaskan ekoran tersenarai di kedudukan keempat aturan mesyuarat dan keesokannya pula jatuh ke nombor tujuh.
Untuk rekod, pihak kerajaan mempunyai kuasa melalui eksekutif untuk menentukan tarikh sebenar bagi pembentangan usul RUU berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 14 (2).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena