Sunday 23 October 2016

[Video] Kini Tun M sasaran ugutan Jamal 'Auta Pahlawan Ludah MO1'! Sekejap Ludah, Sekejap tak Ludah...Panglima Perang Pulak Kena Ludah!

Ahad, 23 Oktober 2016


Selepas pemimpin Bersih, Jamal kini jadikan Tun Mahathir sasaran ugutan

Selepas pelbagai cubaan mengganggu konvoi Bersih 5 kini Tun MHthir pula jadi sasaran
Selepas pelbagai cubaan mengganggu konvoi Bersih 5 kini Tun Mahathir jadi sasaran.
Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang melakukan pelbagai ancaman kepada himpunan aman Bersih 5 kini menjadikan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pula sebagai sasaran ugutannya.
Jamal berkata beliau kesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.
"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-Bersih di Kapar, Selangor semalam seperti dipetik Malaysiakini.
"Saya akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.
"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia," katanya.
Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia.
Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.
Bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar Umno untuk membantah kepimpinan Najib dan membentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Merujuk logo bunga raya Bersatu sebagai 'bunga tahi ayam', Jamal turut menafikan peranan mereka dalam pembangkang dan sokongan parti itu terhadap perhimpunan Bersih yang akan datang.
Sambil menegaskan bahawa beliau bukan perkauman, Jamal menyatakan himpunan Bersih 5 sekali lagi akan disertai oleh 'Cina DAP' yang 'biadap dan sombong'.
Beliau merujuk kepada insiden ketika Bersih 4, di mana peserta perhimpunan memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu ahli Majlis Syura Pertubuhan Jati Malaysia Norman Toha menggesa kaum Cina dan India menyertai Baju Merah dalam menentang Bersih.
Perhimpunan Bersih 5 dijadual pada 19 November dan bertujuan mendesak peletakan Najib dan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena