Monday 24 October 2016

[Video] 1 Logo,1 Manifesto Najib/BN pasti TUMBANG dalam PRU 14! "SAYA GEMBIRA BERGAUL SESAMA RAKYAT MALAYSIA"

Isnin, 24 Oktober 2016


SAYA GEMBIRA BERGAUL SESAMA RAKYAT MALAYSIA
45 minit menerangkan tentang Islam agama yang tiada paksaan. Bebas untuk jadi Muslim atau tidak.
Selebihnya itu urusan Tuhan.
Menerangkan Islam agama yang menjaga KEADILAN.
Sebagaimana saya mahu anak-anak orang Melayu mendapat pendidikan sempurna saya juga mahu anak-anak orang India menikmati perkara yang sama.
Ramai anak-anak orang India yang berhenti sekolah. Ini tidak wajar. Bila berhenti sekolah awal, mereka terdedah dengan aktiviti gangsterism.
Kita perlu bagi perkhidmatan kesihatan terbaik untuk semua rakyat.
Kita perlu sama-sama bantu memberi penerangan kepada mereka jangan amalkan mabuk berlebihan (alcoholic) ia merosakkan kesihatan dan buat anda tidak dihormati ketika mabuk.
Kita mahu orang Melayu dan masyarakat India keluar dari zon kemiskinan. Agar kekayaan Malaysia dapat dikongsikan sebaiknya.
Saya sebutkan minuman kegemaran saya iaitu "moorek" sejenis minuman yogurt atau LABAN. Lebih sedap diminum bersama dengan hirisan daun kari, bawang, lada hijau dan jintan. Kami mesra bergurau bersantai dan mereka hairan bagaimana saya tahu "moorek" yang buat badan kita sejuk/selesa selepas meminumnya.
Keluarga masyarakat India akan buat kenduri kesyukuran apabila anak gadis mereka mula didatangi haid/period. Ini tidak dilakukan oleh masyarakat Melayu. Saya puji adat itu. Ini satu pengiktirafan kedewasaan anak gadis. Mereka cepat matang kalau begitu. Tidak perlu malu kalau kena pada tempatnya.
Saya gembira menerima mereka sebagai rakyat Malaysia.
Saya terperanjat selepas ceramah dan ketika bersalaman dengan mereka seorang lelaki dewasa dari kalangan mereka memeluk saya mesra.
Salah seorang dari warga emas ini pula cium tangan saya. Saya gagal menepisnya, dia kata dia banyak senang dengar apa saya cakap tadi.
Maaf saya tidak selesa orang cium tangan saya. Tapi saya percaya mereka cuba meghormati saya.
*HASANUDDIN MOHD YUNUS*
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara

3 comments:

Ab Rahman Yaacob said...

Islam (al-Islam - uluhiyyah) bukan Agama (ad-deen - rububiyyah)

Ab Rahman Yaacob said...

Islam (al-Islam - uluhiyyah) keterkaitan dengan hak-hak mutlak zat Allah - syirik > Yahudi.
Agama (ad-deen - rububiyyah) keterkaitan dengan zat Allah - murtad > mulhid : Atheist.
... Para ulama kena buat ijtihad baru untuk menjelaskan perkara ini agar tidak berterusan bercampur aduk antaranya.

Ab Rahman Yaacob said...

Islam (al-Islam) itu adalah i'ttiqad > berbilang-bilang & hanya Islam (al-Islam) yang diredhai Allah...
... Agama (ad-deen) hanya satu disisi Allah > Ahadun, Wahidun.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena