Thursday 27 October 2016

[Video] PANAS!! Khalid Samad SEMBUR hujah PENYELEWENGAN 1MDB tepat ke muka NAJIB...Jib TAKDE 'TELOR' ke nak jawab balas balik! Hadi jangan jadi seperti bapa ketam.

Khamis, 27 Oktober 2016


NAJIB ADA TELOR KA NAK JAWAB BALAS BALIK !!!

Seperti dijangka.. Bekas Menteri Kewangan II ini mula diserang oleh cybertrooper, FB pro Najib & portal-portal berbayar AMENO..

Alhamdulilah.. akhirnya Husni Hanadzlah berani bersuara demi kepentingan negara dan rakyat.. ALLAH bersama dengan mereka yang benar.

Hadi jangan jadi seperti bapa ketam, bidas Tamrin

Tamrin GhafarTamrin GhafarMenganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin tidak waras dalam kenyataannya mutakhir ini, pemerhati politik Mohd Tamrin Tun Ghafar menasihatkan agar Ahli Parlimen Marang itu segera bermuhasabah.
“Cukup-cukuplah Hadi. Kamu patut teropong diri sendiri. Usah asyik meletakkan kelemahan dan kesalahan sendiri pada orang lain. Jangan jadi bapa ketam yang masih mahu mengajar anaknya berjalan lurus,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Reaksi bekas veteran Umno itu ekoran kenyataan Hadi pada Selasa yang menjadikan keldai dan anjing gila sebagai perlambangan dalam menggesa semua ahli parti itu termasuk Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam.
"Jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," tegas Abdul Hadi dipetik daripada tulisan pemimpin kontroversi itu di portal rasmi Pas, Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Tamrin yang juga bekas ahli Pas, menyarankan ahli dan penyokong parti tersebut agar mengambil keputusan segera dengan meninggalkan parti bermasalah itu memandangkan sebahagian besar pemimpinnya tidak lagi rasional jauh sama sekali mengamalkan nilai Islam dalam berpolitik.
“Bukan sekali Abdul Hadi bermulut celupar begitu. Bahkan pelapisnya seperti Nasrudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh) pun pernah menyebut tentang siku dan lutut menggambarkan pendekatan politik samseng pemimpin parti yang kononnya Islam itu.
“Molek Hadi dan pemimpin Pas perbetulkan diri sendiri daripada terus menganggu fokus rakyat untuk menumbangkan Umno-BN yang dikepalai Najib.
"Pas perlu betulkan rumah tangga dulu, usah sibuk sangat menghukum orang lain dengan gelaran binatang seperti itu,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena