Monday, 31 October 2016

[Video Perbahasan Terbaik] 'Rakyat IKAT PERUT' Negeri TPM negeri kedua termiskin & RM80 juta sehari utk bayar hutang negara aje!...47 Ronin Borneo ‘kingmaker’ politik Malaysia.

Selasa, 1 November 2016

Image result for Gambar rakyat ikat perut
Rakyat Kena Ikat Perut...Pemimpin Dan Menteri Bermewah.

Image result for Gambar rakyat ikat perut
Sampai 19 ribu dia guna wang pembayar cukai untuk mencekik. Tapi pada rakyat, dia potong subsidi sana sini atas alasan ia membebankan kerajaan.
Image result for Gambar rakyat ikat perut
Image result for Gambar rakyat ikat perut
SULTAN JOHOR CEMAR DULI SARAPAN PAGI DI KEDAI MAMAK! BERSAHAJA! - Cerita Sentap
Image result for Gambar rakyat ikat perutImage result for Gambar rakyat ikat perut
"Nak suruh rakyat ikat perut, kerajaan dan menteri juga perlu lakukan perkara sama," kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
Rakyat Marhaen

47 Ronin Borneo ‘kingmaker’ politik Malaysia

47-ronin-borneo

Peristiwa balas dendam 47 Ronin (Shi-jū-shichi-shi) atau lebih dikenali sebagai insiden Ako (赤穂事件 Akō jiken) adalah peristiwa benar yang berlaku pada abad ke-18 dalam sejarah Jepun. Bukan sekadar filem dibintangi Keanu Reeves dan Hiroyuki Sanada.
Peristiwa ini terjadi apabila 47 orang samurai tidak bertuan membalas dendam kematian tuan mereka Asano Naganori yang dipaksa melakukan seppuku kerana mengasari seorang pegawai istana. 47 ronin ini kemudiannya membunuh pegawai itu, dan masing-masing melakukan seppuku pula atas jenayah terbabit.
Kisah legenda ini diabadikan sebagai contoh ketaatan kepada prinsip bushido yang menjadi amalan dan pegangan para samurai ketika itu. Ia melambangkan maruah dan pengorbanan yang mereka lakukan demi kepercayaan kepada prinsip kehidupan seorang pejuang, meski berbaur dendam kesumat.
Kisah ini kemudian dipopularkan melalui pementasan kabuki dan selanjutnya melalui filem Hollywood dengan kos produksi berjumlah US$ 225 juta dengan kerugian US$152 juta. Kita tidak pasti kenapa ada mat saleh dalam cerita samurai Jepun. Tapi tak mengapa. 47 Ronin adalah cerita yang boleh tahan menarik dan babak seppuku berjemaah di hujung cerita tersebut agak menyayat hati.
Berlainan keadaanya dengan segerombolan 47 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Mereka belum lagi boleh dinobatkan sebagai pejuang, apatah lagi samurai ronin tak bertuan. Tuan kepada 47 orang Ahli Parlimen ini masih lagi United Malays National Organisation, yang dipimpin suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Parlimen DAP, Saudara Lim Kit Siang dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2017 meletakkan 47 orang bakal-bakal ronin BN dari Sabah dan Sarawak ini sebagai tema utama perbahasannya.
Selama lebih empat puluh tahun, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak dilayani seperti ‘kain perca’ kata Kit Siang. Wujudnya mereka ini sekadar untuk mencukupkan bilangan supaya hegemoni kekuasaan UMNO dapat diteruskan.
Ini kemudiannya berubah sama sekali apabila kerajaan persekutuan pimpinan UMNO kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat ketika tsunami perubahan menghempas lanskap politik negara.
UMNO kemudiannya bergantung nyawa kepada 47 kerusi daripada Sabah dan Sarawak ini, terutamanya ketika PRU ke-13 tiga tahun lalu. Ketika itu, 47 orang Ahli Parlimen ‘kain perca’ inilah yang menyelamatkan UMNO yang pastinya mati lemas setelah hanya berjaya memenangi 86 kerusi di Semenanjung.
86 kerusi pastinya langsung tidak cukup untuk membentuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bagi membentuk kerajaan di Putrajaya.
Kerana 47 kerusi inilah, suami Datin Seri Rosmah Mansor dapat terus mengekalkan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan 133 kerusi. Pun begitu, Najib Razak masih lagi merupakan Perdana Menteri minoriti pertama dalam sejarah negara, memandangkan koalisi UMNO-BN hanya memenangi 47% undi popular daripada jumlah populasi yang keluar mengundi pada ketika itu.
47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini adalah justeru merupakan ‘kingmakers’ kepada kerajaan persekutuan UMNO-BN selepas PRU ke 13. Tanpa mereka, maka jahanamlah UMNO.
Tanpa sokongan 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan yang ditunggangi Najib Razak di Putrajaya akan gagal dan runtuh.
47 Ahli Parlimen BN ini sepatutnya sudah boleh mula memainkan peranan mereka sebagai ‘kingmakers’ atau pencatur kuasa yang mampu menentukan jatuh bangun Perdana Menteri dengan bijak membuat percaturan politik demi kebaikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi saksama dalam Persekutuan Malaysia.
Kit Siang dalam ucapannya di Parlimen menggariskan tiga tugasan besar yang harus 47 ronin Borneo ini lakukan supaya mereka benar-benar berfungsi dan tidak sekadar berperanan sebagai ‘kain perca’ dalam struktur kuasa Najib Razak yang memerlukan nombor-nombor dari Sabah dan Sarawak untuk kekal bernyawa.
Hanya tiga perkara untuk mereka lakukan bagi menyelamatkan dan membersihkan Malaysia daripada gelaran ‘kleptokrasi global’ serta mempertahankan asas-asas negara daripada dipaksa untuk beragama satu, meski ia wujud sebagai sebuah negara berbilang budaya dan agama.
Pertama kata Kit Siang, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa mereka akan menarikbalik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, lantas menyebabkan ia runtuh, sekiranya Najib tidak bersedia untuk memberi jaminan bahawa konsensus BN yang negara Islam dan undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan serta tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia, dikekalkan.
“Ini bermakna komitmen jelas bahawa Kerajaan Persekutuan BN tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud,” kata Kit Siang.
Kedua, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini mesti mendesak supaya Kerajaan Persekutuan mengambil semua langkah perlu untuk megembalikan autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak. Ini asas yang tidak perlu dibahas.
Ketiga, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti memberi mesej jelas kepada Najib bahawa penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global – negara yang ditadbir pencuri dan penyamun – mesti disangkal dan dijawab, atau dibersih, supaya rakyat Malaysia tidak menanggung malu.
Bagi Kit Siang, 47 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa tiga tuntutan ini tidak boleh dikompromi, kerana ia berkaitan asas, integriti dan nama baik Malaysia, serta pembinaan negara Malaysia, dan sekiranya Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak komited kepada tiga perkara ini, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti menarikbalik sokongan mereka kepada kerajaan Najib, demi kepentingan negara.
47 orang Ronin Borneo ini pastinya akan terpaksa berkorban, menikam diri dan menikam lawan, demi rakyat terbanyak pastinya. Tidak boleh sekadar duduk saja, dan terima gaji buta tapi tak buat apa-apa. Pilihan terserah di tangan mereka. Mahu hidup sebagai hamba UMNO atau mahu dikenang sejarah sebagai pencatur kuasa yang menewaskan tirani kleptokrasi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena