Sunday 30 October 2016

[Video] SAMBUTAN PECAH PANGGUNG! "Umno Langkawai sudah MATI!" Full...Pemimpin BERSATU ramal Umno pecat Husni.

Ahad, 30 Oktober 2016

Image result for Gambar hamidah osman

Pemimpin BERSATU ramal Umno pecat Husni


Bekas ketua penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman menjangkakan seorang lagi orang kuat parti itu bakal dipecat kerana membangkitkan isu 1MDB.
Katanya, parti itu sudah "hilang pertimbangan" dan akan bertindak keras terhadap sesiapa saja yang menongkah arus termasuk bekas bendahari parti itu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Saya tak terkejut kalau beliau dipecat sebab kita dapat lihat sudah ada kritikan dibuat selepas persoalan (1MBD) itu ditimbulkan. Perkara lain mungkin menyusul," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Pada 24 Oktober lalu Malaysiakini melaporkan Ahmad Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua menggesa kerajaan mempertimbangkan bagaimana masalah kewangan dan skandal 1MDB memberi kesan kepada survival Malaysia.
Ia adalah kali pertama Ahmad Husni membahaskan isu 1MDB sebagai wakil rakyat selepas menghabiskan tujuh tahun sebagai seorang menteri kabinet, yang kebetulan bertepatan dengan jangka hayat 1MDB.
Ketika membahaskan Bajet 2017 Ahmad Husni meminta kerajaan mempertimbangkan beberapa kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) cakap persepsi menentukan survival kita.
“Katalah, saya tak sebut DOJ (saman sivil Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) lah, katalah kes itu tak menyebelahi kita, bagaimana persepsi terhadap negara kita?
“Katalah kes AS$4 bilion dengan Aabar (BVI) itu hilang, sekarang pun tak dapat, apa jadi kepada persepsi terhadap negara kita?” soalnya.
Tindakan itu kemudian mencetuskan polemik sama ada Ahmad Husni melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan ketika beliau dilantik menyertai kabinet.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula berkata bekas anggota kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan.
"Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet," kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen pada 27 Oktober lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan Ahmad Husni serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Bagaimanapun hari ini Malaysiakinimelaporkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat kekangan rahsia kerajaan hanya melibatkan minit mesyuarat kabinet dan tidak bersifat menyeluruh.
Hamidah berkata jika Ahmad Husni tidak dipecat atau terlepas daripada tindakan lembaga disiplin Umno, ada kemungkinan tokoh lain daripada parti itu akan turut mempersoalkan skandal 1MDB berkenaan.
"Sebabnya, kalau diam (tiada tindakan disiplin diambil) maknanya betullah apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini," katanya yang kini menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena