Sunday, 23 October 2016

[Video MP Pembangkang 'dihalau' keluar! Najib: Kalau nak keluar, keluarlah!] Siapakah Speaker Dewan sebenarnya? Pembangkang keluar dewan kerana kecaman PM.

Ahad, 23 Oktober 2016

Siapakah Speaker Dewan sebenarnya ??
Pandikar Amin Mulia bekerja utk siapa ??

TAHUKAH ANDA, Pandikar Amin Mulia telah dipilih jadi Speaker Dewan semula ATAS NASIHAT NAJIB SENDIRI !!

Siapa barua BN sebenarnya ??!!
Minggu ini #KonvoiBersih turut turun ke perkampungan orang asli Kg Parit di Gua Musang. Bertukar informasi tentang perjuang tanah mereka dan juga isu-isu Bersih.






Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
2 jam

Flag off Bersih 5 dari Kuala Kangsar ke Sg Siput pagi ini.

DAP: Pembangkang keluar dewan kerana kecaman PM

Pembangkang keluar dewan semasa ucapan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mereka dihentam dan dihina, kata seorang ahli parlimen DAP.
MP Kluang Liew Chin Tong berkata, mereka duduk hampir dua jam ketika ucapan bajet di mana Najib menyalahkan pembangkang kerana dakwaan ekonomi negara yang teruk.
"Beliau menuduh pembangkang kerana sandiwara dan dakwaan palsu bahawa ekonomi berada dalam keadaan tenat, dan dia bertanya siapa pengkhianat.
"Sebelum itu, Najib telah menghentam anggota pembangkang di awal ucapannya.
"Menghina pembangkang kepada penonton televisyen hanya permainan beliau (semasa ucapan bajet).
"Kami membuat keputusan cukup setakat itu," kata Liew dalam ucapannya semalam.
Salinan ucapan beliau dihantar kepada media hari ini.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata ucapan belanjawan tahunan sepatutnya ditujukan kepada ahli parlimen di dewan namun mendakwa Najib telah menukarkannya menjadi sebuah tontonan televisyen yang penuh dengan jenaka dan penghinaan.
Namun, katanya hanya sedikit penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.
"Pembangkang keluar kerana perdana menteri menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan juga menteri kewangan yang ucapan bajetnya tiada apa-apa inspirasi untuk ditawarkan kecuali hentaman terhadap pembangkang," kata Liew.
Terdahulu, Najib mengecam protes berkenaan dan menuduh pembangkang membelakangkan kebajikan rakyat apabila bertindak keluar dari parlimen.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena