Friday 21 October 2016

Hadi tidak hadir Bajet 2017? Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen.

Sabtu, 22 oktober 2016
Image result for Gambar ikan keli dalam besen
Ikan keli atau lebih dikenali catfish

Tidak hadir Bajet 2017, Hadi ada kuliah Jumaat, majlis tahnik

Walaupun pembentangan belanjawan setahun sekali tetapi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam masih tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.
Ketiadaannya ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan diges supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.
Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.
"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.
"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.
"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.
Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.
Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.
"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.
"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.
"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena