Friday 2 February 2018

[Video Lagi isyarat bila PRU14 dari Najib & Perihal wang SUBAHAT 1MDB ] Najib beri bayangan PRU14 sebelum musim Haji.

Jumaat, 2 Februari 2018


Najib beri bayangan PRU14 sebelum musim Haji


Datuk Seri Mohd Najib  Razak (tiga dari kanan)  ketika melancarkan alumni Program Khas Haji sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Masjid Putra hari ini.-Foto Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum musim haji yang dijadual pada Julai depan.
Bercakap di hadapan 1,200 bakal haji pada majlis penyerahan surat tawaran haji Yayasan 1MDB di Masjid Putra, Najib berkata langkah itu membolehkan umat Islam negara ini dapat mengerjakan ibadah tersebut dalam keadaan tenang selepas menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan.
“Tuan-tuan dijadual berlepas pada 14 Julai, iaitu selepas Aidilfitri dan satu lagi ‘hari raya’.
“Maknanya, selepas kedua-dua raya ini, baru tuan-tuan berlepas ke Tanah Suci,” katanya dipercayai merujuk ‘hari raya’ kepada bila PRU14 akan diadakan.
Najib berkata dua ‘raya’ itu dibuat lebih awal daripada musim haji untuk membolehkan bakal haji berlepas dengan tenang.
“Jadi, apabila di sana, berdoalah untuk kejayaan dan kesejahteraan pada negara dalam usaha menjadikan Malaysia model negara Islam contoh,” katanya.
Pada majlis itu, seramai 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran haji, menjadikan
Jumlah keseluruhan 6,911 pemimpin peringkat akar umbi mendapat tajaan dalam program cetusan idea Perdana Menteri sejak 2011.
Tarikhluput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena