Wednesday, 14 March 2018

[Video PARLIMEN 2018: SUBANG PKR-'Isu Tanah Ijok' yang disembunyikan TV3 & BATU PAHAT PKR-Penyelewengan Najib] Tak guna GST kalu penyangak kerap dok balun duit.

Rabu, 14 Mac 2018



Tak guna GST kalu penyangak kerap dok balun duit... Urus tadbir negara yang telus tanpa pengelewangan dan pemimpin ‘kaki songlap’ bukan sahaja mampu memberi kemakmuran berganda kepada negara tetapi juga manfaat yang berterusan kepada rakyat. Namun, akibat pengurusan kewangan yang lemah dan ‘bocor’, kekayaan hasil negara tidak dapat dimanfaatkan secara maksima sebaliknya menyebabkan kerajaan terpaksa mencari jalan lain menampung perbelanjaan mereka. 

Suka atau tidak, kerajaan BN telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang dikutip daripada rakyat dengan alasan bagi menampung perbelanjaan dan projek-projek pembangunan. Ironinya, sepanjang lebih 50 tahun lalu, Malaysia terus memacu pembangunan rancak tanpa pelaksanaan GST yang menambah beban rakyat. 

Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dilancarkan baru-baru ini berjanji untuk memansuhkan GST supaya duit poket rakyat dapat diselamatkan jika dinobatkan sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Merasa terpukul dengan komitmen itu, BN terpaksa mengulang semula segala alasan ‘menghalalkan’ kutipan GST ke atas rakyat. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil GST sebanyak RM45 bilion yang kemudiannya dikembalikan semula untuk pembangunan dan bantuan. Tanpa disedari,  Najib secara tidak langsung cuba memberi gambaran kononnya tanpa GST negara akan mundur kerana kerajaan tidak cukup sumber pendapatan. 

Namun persoalannya, adakah GST mampu memberi penyelesaian menyeluruh kepada tekanan ekonomi yang dihadapi negara, lebih-lebih lagi beban kos sara hidup yang meningkat kepada rakyat tanpa urus tadbir telus? Ini kerana isu mendasar yang menentukan maju mundur atau bankrap tidaknya sesebuah negara bergantung kepada urus tadbir yang telus tanpa rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan. 
Negara laksana GST pun boleh bankrap… 
Ahli Parlimen DAP Tony Pua dalam laporan media sebelum ini pernah mempertikaikan logik kerajaan melaksanakan GST. 

“Siapa kata kalau laksanakan GST negara tidak akan bankrap? Ada juga negara maju seperti Amerika Syarikat dan (bandar) Hong Kong yang tidak ada GST dan tidak bankrap. 

“Kalau nak bandingkan dengan Greece, negara itu mempunyai GST sebanyak 21 peratus tapi masih bankrap,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Tegas beliau, tanpa penyelesaian isu-isu penyelewengan dan rasuah, pelaksanaan GST bukanlah ‘ubat ajaib’ penyelesaian masalah negara. – Roketkini.
Tumpang sekole. 

1 comments:

Unknown said...

Terima kasih banyak kepada teman aku yang di Dubai ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bisa kenal nama nya Mbah Suroto. waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin saja saya alami. berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya.

Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat kerjaan, dll....

Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

Info lebih lenkapnya buka saja situs beliau di https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena