Tuesday 19 February 2019

[Video CALON PH NAFI! Kain Rentang dan Risalah Provokasi di Semenyih] Politik hilang akai & politik animisme...Mereka juga macam kera duku atas pokok yang ditiup angin.

Selasa, 19 Februari 2019
SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, menafikan edaran risalah berunsur provokasi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dilakukan oleh jentera kempen partinya. Beliau tidak pasti perkara itu dilakukan oleh pihak mana dan menolak ia dibuat oleh jentera pilihan raya dari pihak PH. "Saya tak pasti itu dari pihak siapa, yang pasti itu bukan dari pihak kami sebab pada saya lebih baik berkempen dengan cara yang sihat mengikut landas-landas demokrasi. "Siapa yang menang siapa yang kalah, itu terpulang kepada pengundi. Pada akhirnya pengundi yang akan buat keputusan," katanya kepada media ketika melakukan ziarah bertemu beberapa warga emas di Kampung Sentosa di sini hari ini. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com #malaysiagazette #mgtv
TS.
Politik hilang akai, politik animisme...
Orang tanya saya apakah orang parti agama tidak malu dengan apa yang berlaku dalam parti itu sekarang. Apakah ahli dan penyokongnya tidak lari dan tetap bersamanya. 
Saya jawab secara analogi. Mereka tidak akan melakukan apa² tindakan. Mereka akan kekal bersama parti itu sampai ke bila bila. Mereka sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku. 
Mereka sepertilah pemain lawak jenaka di atas pentas. Mereka sudah kalih dengan sorakan penonton. Apa yang berlaku kepada mereka, mereka tak peduli. Hatta tiba tiba seluar mereka terlondeh dan orang menyorak kelondehan itu, mereka tetap selamba dan merasakan orang bersorak kerana persembahan mereka itu. 
Mereka juga macam kera duku atas pokok yang ditiup angin. Ia akan memeluk kejap batang pokok sekuatnya takut terjatuh. Lagi kuat dan kencang angin bertiup lagi kuat dan kemas ia memeluk pokok. Begitulah juga dengan penganut fahaman politik animisme parti itu. - MSO 
TS.

1 comments:

Unknown said...

Umno mmg pakar m'fitnah. Pas pakar menipu. So jika ada poster / banner dsb yg pelik2, x mustahil dr puak2 ni.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena