Thursday 7 February 2019

[Video #maluapabossku gaya Najib, bukan atas platform Umno] Kenapa bossku tak bagi media lapor kes mahkmah dia? Takut malu ke bosskul & Umno ajak mesyuarat tapi MCA, MIC takut terperangkap!

Khamis, 7 Februari 2019

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 21 orang, orang senyum, orang berdiri dan orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang ramai
Kenapa bossku tak bagi media lapor kes mahkmah dia? Takut malu ke bossku?

Mahkamah tolak permohonan larang media ulas kes Najib

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya.
Sebaliknya, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.
"Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.
Sementara itu Bernama melaporkan hakim mendapati permohonan Najib sebagai tidak kukuh dan dengan itu menolak notis usul bagi perintah larangan.
“Lagipun, terma spesifik bagi perintah larangan yang dimohon, dalam kes ini, jika diberikan akan menjejaskan hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan berucap di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta terkeluar daripada keadilan bagi prinsip keadilan terbuka dalam Seksyen 15 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
“Ini adalah sebahagian daripada asas teknikal bahawa skop bagi perintah larangan yang dicadangkan di dalam notis usul itu adalah tidak konsisten dan dalam keadaan ini, saya berpendapat ia tidak menggalakkan objektif undang-undang sebagai instrumen keadilan. Mengambil kira alasannya yang pelbagai, saya dengan ini menolak permohonan ini,” katanya.
Mk.

Umno ajak mesyuarat tapi MCA, MIC takut terperangkap

Selepas MCA meluluskan usul agar BN dibubarkan, belum ada mesyuarat majlis tertinggi badan itu diadakan.
Menjelaskan perkara itu Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sejak memegang jawatan tersebut daripada Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau ada mengajak MIC dan MCA bermesyuarat.
Bagaimanapun kata Mohamad kedua-dua parti tersebut mengelaknya.
"Bukan tak mahu, dia (MCA dan MIC) cuba mengelak kerana jika saya panggil, mereka tidak mahu wartawan bertanya mengenai resolusi itu dan mereka akan terperangkap di situ," katanya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata demikian semasa menjadi tetamu forum Bicara Minda di Shah Alam hari ini.
Terdahulu Mohamad berkata, beliau pernah bertemu dengan pemimpin kedua-dua parti dan bertanyakan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
"Saya mesyuarat secara ad-hoc. Jumpa MCA, MIC sebab saya panggil dia (MCA dan MIC) tak mahu," katanya.
Pada 2 Disember lalu, Perhimpunan Agung MCA meluluskan resolusi menggesa BN dibubarkan dan satu membentuk pakatan baru dibentuk.
Buang bodoh sombong
Ia berlaku ketika Umno semakin akrab dengan PAS.
Mohamad juga berkata, kedua-dua parti komponen BN itu sepatutnya memperkasakan diri masing-masing tanpa berharap daripada Umno memandangkan parti itu juga dalam keadaan yang tidak stabil.
"Saya dah beritahu mereka dan rakan-rakan dalam BN, kita bukan dalam kerajaan lagi. Jadi untuk kita 'menarik beban' Umno tak mampu lagi seperti (berfungsi seperti) dulu untuk bawa beban yang besar.
"Jadi setiap parti kena berusaha untuk parti masing-masing. Itu pesan saya kepada mereka dan setiap parti kalau boleh mengukuhkan parti masing-masing," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai nasib Umno Mohamad berkata mereka perlu mengambil iktibar daripada kekalahan teruk pada PRU ke-14 lalu dengan membuang sikap bodoh sombong dan perasaan ego.
Mohamad berkata antara sebab Umno pernah bersikap sedemikian rupa ialah kerana mereka tidak pernah mendapat keinsafan disebabkan erlampau lama berkuasa.
"Memang banyak kita belajar daripada kekalahan. Pertama kita jangan sombong dengan orang - kita tak dengar cakap orang.
"Dulu kita sibuk dengan jawatan masing-masing. Kadang-kadang bukan dengan orang luar pun, dengan orang bawah pun kita tak nak dengar cakap mereka. Itu salah satu sebab kita kecundang," katanya.
Menurutnya sebelum ini Umno gagal mendengar suara orang muda sedangkan golongan itu menjadi aset kepada parti.
Katanya Umno pernah berasa serba tahu sehingga enggan mengendahkan pandangan orang lain.
Beliau juga meluahkan rasa kesalnya kerana terdapat pihak yang menyertai Umno kerana mahu mendapatkan habuan seperti kontrak, dan bukannya demi perjuangan parti.
Katanya, ia berlaku apabila parti terlalu tertumpu kepada pemimpin berbanding parti itu sendiri.
"Itu saya katakan adalah satu perkara amat malang kita dilatih supaya menjadi leader centric bukan party centric," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena