Wednesday, 12 February 2014

Sarawak: Adenan Satem Ketua Menteri ke-5... Abg Johari gigit jari... Jabu?

Rabu, 12 Februari 2014

Photo: Ni lah dia Alfred jabu frust tak dapat jadi Chief Minister of Sarawak! Haha
Ni lah dia Alfred Jabu 
 'frust' tak dapat jadi Chief Minister of Sarawak! Haha




Posted by 

Adenan Satem to take over as Sarawak CM, Taib Mahmud says he has submitted his resignation letter to TYT effective Feb 28/STAR




Hurm. Hurm. Abg Zohari gigit jari lah. Berlakulah perpecahan dalaman parti ni pasni. Pemimpin kanan tidak di lantik jadi Ketua Menteri.

Adenan Satem Ketua Menteri Baru Sarawak

PETRA JAYA: Nama Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar) disebut-sebut berada pada kedudukan teratas sebagai pengganti Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini minggu ini bagi menyatakan secara rasmi hasratnya mahu bersara, seterusnya mengemukakan nama Adenan sebagai pengganti.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan Abdul Taib kepada Adenan ketika kedua-duanya mengerjakan umrah akhir bulan lalu, yang turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki.

Sumber memberitahu BH, pemilihan Adenan adalah bersandarkan kepada pengalaman luas beliau dalam kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang juga parti tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Ini turut didorong pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Abdul Taib mempunyai kepercayaan tinggi terhadap Adenan, malah turut melantiknya sebagai Penasihat Ketua Menteri dan Menteri Tugas Tugas Khas sekembalinya beliau ke Sarawak.

Difahamkan, pemilihan itu dimaklumkan Abdul Taib kepada Adenan ketika mengerjakan umrah akhir bulan lalu, yang turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki.

Sumber memberitahu BH, pemilihan Adenan bersandarkan pengalaman luas beliau dalam kepemimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang juga parti tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Ini turut didorong pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Abdul Taib mempunyai kepercayaan tinggi terhadap Adenan, malah melantiknya sebagai Penasihat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-Tugas Khas sekembalinya beliau ke Sarawak.

Calon paling tepat
“Justeru, Adenan dilihat sebagai calon paling tepat bagi menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang sememangnya cukup mencabar dalam memimpin negeri yang dihuni lebih 27 etnik dan suku kaum,” katanya.

Menurut sumber lain, sebagai ‘orang lama’ dalam kancah politik, kepercayaan Abdul Taib tidak berbelah bahagi terhadap Adenan, malah Ketua Penerangan PBB itu sering bertindak sebagai orang kanannya sebelum ini.

“Adenan sering dihantar Abdul Taib sebagai ‘orang tengah’ atau perunding dalam menyelesaikan masalah dihadapi parti komponen BN Sarawak sebelum ini.
“Adenan cukup masak dengan perkembangan politik di Sarawak dan mahir dalam pentadbiran negeri, beliau calon paling sesuai,” katanya.

Katanya, banyak pihak, termasuk komuniti perniagaan melihat Abdul Taib selaku Yang di-Pertua Negeri dan Adenan mengetuai kerajaan sebagai gandingan terbaik untuk terus memastikan kesinambungan pembangunan dan ekonomi negeri.

Berundur hujung bulan
Sementara itu, Abdul Taib sempat berseloroh kepada media yang ingin mendapatkan kepastian tarikh tepat persaraan beliau dari arena politik dan kerajaan negeri yang akan berlaku akhir bulan ini.

“Bagilah saya ambil gaji (penuh) Februari dulu,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan khas bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sarawak, di Ibu pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, semalam.

Katanya, ada dua lagi peringkat perlu dilakukannya sebelum menyerahkan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya sejak 33 tahun lalu, iaitu menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin bagi mengemukakan nama penggantinya.

“Ada dua lagi langkah perlu saya lakukan dan tiada apa-apa pengumuman (nama pengganti) akan dibuat esok (hari ini). Saya perlu bertemu Yang di-Pertua Negeri terlebih dulu bagi menyatakan hasrat mahu bersara, seterusnya mengemukakan nama pengganti (yang dipilih). Yang pasti, saya akan bersara hujung bulan ini,” katanya.

Selain Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, turut hadir Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Peter Chin Fah Kui. – BH.


Terima Kasih Barisan Nasional

Kita masih berbangga kita ada jalan raya berlumpur

Pemimpin PAS ni aku pelik sangat..Kalau harga Tol Naik pun bising, Harga Tol turun pun Bising...

Bilalah puak PAS ni nak diam. Lantak BN lah nak bayar pampasan 400 Juta.

Kat Sarawak tak ada Highway tau...ada fikir ke? Kalau isu pampasan pun nak kecoh, bila lah projek nak buat Highway kat Sarawak ni nak on? ini semua angkara politik suka salahkan BN.


Pulau Bruit

Gejala Bodek Pemimpin menyumbang kepada kegagalan
 pembangunan

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa perahu karam di Pulau Bruit Daro yang lalu. Tragedi yang amat menyentuh sanubari kita dan tidak mungkin dilupakan oleh penduduk Kampung Tekajong dan sekitarnya. 
Mengimbau kembali tragedi paling buruk dalam sejarah Pulau Bruit, pada 18 Januari 2014 seramai 27 orang penduduk kampong Tekajong yang dalam perjalanan pulang setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kampong Saai Daro telah karam di Muara Batang Lassa setelah perahu panjang yang digunakan terbalik di pukul ombak.
Seramai 16 mangsa selamat, 10 disahkan meninggal dan 1 dilaporkan masih hilang ketika artikel ini ditulis. Sebenarnya tragedi 180114, telah membuka mata banyak pihak terutama pemimpin tempatan, negara dan juga dikalangan agensi penyiaran negara. Tragedi ini juga mendapat liputan meluas di kalangan media elektronik dan cetak. Tidak kurang juga dengan pengamal media sosial, seperti facebooker dan blogger yang mengulas mengenai tragedi 180114. Pelbagai komentar, luahan, cadangan, dan desakan terhadap wakil rakyat, pemimpin-pemimpin kerajaan supaya masalah yang dialami oleh penduduk Pulau Bruit selama ini diselesaikan secepat mungkin.
Lawatan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Shahidan Kassim dilihat membuka lembaran baru kepada penduduk Kampung Tekajong dan Pulau Bruit khasnya apabila beliau bersedia untuk berjumpa kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membincangkan pembinaan Jalan raya di Pulau Bruit. Walaupun masih di peringkat pertimbangan, harapan lebih  20’000 orang penduduk Melanau Islam Pulau Bruit sebenarnya sedang digalas oleh seorang menteri yang berasal dari Negeri Perlis. Dimana Menteri-menteri pusat yang berasal dari Negeri Sarawak semasa tragedi yang memilukan ini berlaku. Mengapa hanya beberapa kerat sahaja, pemimpin tempatan dan negara yang bersama kami ketika insiden menyedihkan ini berlaku.

Masih bergantung pada air hujan
Setelah 50 tahun merdeka penduduk Pulau Bruit belum merasai erti dan nikmat sebenar kemerdekaan. Selama 50 tahun penduduk Pulau Bruit terutama di kawasan utara menggunakan bekalan air hujan untuk kegunaan harian seperti diminum dan memasak. Kepayahan yang dialami penduduk Pulau Bruit sebenarnya telah sampai ke pengetahuan pemimpin masyarakat tetapi dimana silapnya apabila setiap kali rancangan Malaysia (RMK) dan bajet dibentangkan penempatan masyarakat melanau islam ini sentiasa terlepas dari mendapat bantuan kerajaan.
Sebelum saya berhenti sementara, menulis dan berkongsi kisah tentang pulau Bruit bagi menghadapi peperiksaan akhir pada hujung bulan ini sehingga pertengahan bulan depan, elok rasanya saya meluahkan segala yang terpendam selama ini mengenai kisah yang berlaku di Pulau Bruit.

Gejala Bodek Pemimpin
Budaya “bodek pemimpin” yang diamalkan oleh segelintir pemimpin kampung di Pulau Bruit sebenarnya menyumbang kepada kegagalan pembangunan di Pulau Bruit hari ini. Saya tidak menuding jari kepada pihak –pihak tertentu tetapi inilah realiti yang berlaku di beberapa kampung di Pulau Bruit. Pemimpin kampug lebih mementingkan diri sendiri terutama mereka yang memegang jawatan-jawatan tertentu.
Pemimpin sebeginilah yang banyak merosakkan perpaduan yang wujud di kampung-kampung. Mereka seringkali menggunakan kelebihan yang ada untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa di kampung termasuklah ketika bersama wakil-wakil rakyat. Paling menyedihkan apabila pemimpin yang dilantik oleh kerajaan ini  seringkali melakukan sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan penduduk kampung termasuklah dalam beberapa perlantikan jawatan tertentu di peringkat kampung.
Selepas tragedi yang meragut ramai nyawa penduduk kampong Tekajong diharap, permainan politik pemimpin yang terdiri dari jawatankuasa kampung, ketua kaum dan ketua masyarakat dapat dihentikan. Pegawai Daerah Daro perlu selalu turun padang memantau perkembangan kampung-kampung di Pulau Bruit. Jangan sesekali mendengar cerita dari satu pihak kerana ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penduduk yang lain dan boleh merencatkan pembangunan di Pulau Bruit. Sekiranya YB Adun yang berpangkalan di Kuching mampu turun ke kawasan setiap bulan mengapa tidak pegawai kerajaan yang dilantik untuk menjaga kebajikan penduduk berbuat demikian.
Saya sekali lagi berpesan, kekecewaan rakyat selepas tragedi 180114 yang lepas belum dapat dipadamkan. Usahlah pihak tertentu mengambil kesempatan diatas yang kejadian yang berlaku ini. Pihak yang mempunyai kuasa perlu segera memperbetulkan budaya pemimpin bodek ini supaya di masa hadapan Pulau Bruit akan mendapat nikmat pembangunan sepertimana kawasan lain di Semenanjung Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena