Friday, 18 July 2014

NENEK TIRI NAJIB & HISHAMUDDIN antara mangsa nahas MH17...Jimatkan minyak! Punca MAS Tidak Ubah Laluan?

Jumaat, 18 Julai 2014
Nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara penumpang di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Menurut laporan The Star Online, Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dalam perjalanan menuju ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam dan dijadualkan melakukan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu seorang saudara Siti Amirah berkata dia berseorangan dalam perjalanan itu.

“Beliau adalah seorang wanita yang sangat baik. Seorang wanita yang baik hati dan jelita. Beliau adalah seorang suri rumah tangga yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya sebagai ibu,” kata jurucakap keluarga itu, Datin Dr Faridah Abdullah kepada The Star Online.

Siti Amirah pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri keduanya.

Mohammad Noah yang meninggal dunia pada tahun 1990, adalah datuk kepada Najib.
BLM.

Punca MAS Tidak Ubah Laluan Di Wilayah Bergolak Ukraine Didedahkan?



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak menukar laluan merentasi ruang udara Ukraine kerana mahu menjimatkan minyak.

"Ia tidak benar," kata Liow dalam sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.Liow mempertahankan tindakan MAS mengekalkan laluan di wilayah berkonflik tersebut memandangkan ia sudah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya.

"Saya katakan laluan itu dilalui sejak berpuluh tahun oleh MAS dan banyak pesawat lain.
"15 daripada 16 pesawat Asia menggunakan laluan itu," kata beliau.

Liow juga berkata pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak memaklumkan sebarang ancaman bahaya di laluan tersebut.

"Itu memang laluan yang diberikan ICAO.

"Mereka tidak memaklumkan apa-apa kepada kita mengenai laluan itu," kata beliau. ~tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena