BEKAS CEO TABUNG EKONOMI KUMPULAN USAHA NIAGA (TEKUN) KENA CEKUP DENGAN SPRM DAN KINI DI TAHAN REMAN SELAMA 7 HARI.
http://
Kompom: SPRM Cekup 'Datuk' Ex CEO TEKUN
Bekas CEO Tekun Ditahan Reman 7 Hari
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.
Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 22 Januari ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Suspek bergelar 'Datuk' itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.
Difahamkan lelaki itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam Khamis.
Tekun adalah satu badan di bawah sebuah kementerian.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.
Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.
sumber...Bernama
Dicatat oleh G.blacks
Seronok jadi 'penyamun' ameno..
Hukum hakam agama tolak ke tepi JANJI SAPU SELAGI BOLEH..
Dah pandai buat hutang BILA NAK BAYAR BALIK !!!
Hutang RM1,000,000,000 !!!
comments:
Azmi Mie Bab menipu rakyat...makan duit rakyat...rasuah...ugama di buang...
Tidak bayar PTPTN diburu, hutang Tekun hangus
KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan BN bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.
"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.
Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam. Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.
Ustaz Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.
Written by Harakah
0 comments:
Post a Comment