Lebih 50 sertai demo "tolak Pas" di Konvensyen Pakatan Harapan
Laungan "Tolak Pas" kedengaran di luar Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam bermula jam 9 pagi tadi, tempat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama.
Lebih 50 peserta terbabit dalam demonstrasi anjuran kumpulan yang diberi nama Kelab Penyokong Pakatan Harapan itu.
Ungkapan tertera pada dua kain rentang itu adalah "Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas" serta "Sampai bila mahu tunggu Pas? Kami akar umbi sudah bosan!"
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebelum ini menafikan parti itu terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari sebelum konvensyen, para penyokong Pakatan Harapan dijemput untuk menyertai demonstrasi aman membantah kemasukan atau penyertaan Pas ke dalam pakatan pembangkang.
Notis yang dikeluarkan oleh Rozita bt Harun bagi pihak Sekretariat NGO Pro PH itu meminta semua yang hadir memakai baju NGO masing-masing.
Konvensyen Pakatan Harapan (PH) berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.
Ia dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.
Di samping ucapan pemimpin sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum di bawa ke sidang para pemimpin utama petang ini.
Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017
MP Pas dalam Parlimen, mereka berkecuali dalam Bajet 2017.
Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.
Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.
Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.
Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).
"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.
Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.
"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.
Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.
"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.
Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.
"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.
Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.
Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong.
0 comments:
Post a Comment