Saturday, 12 November 2016

[Video Anwar, Muhyiddin & Mahathir] PASTI RINDU ZAMAN INI! Yang kuat jangan ego, yang lemah sedar diri.

Ahad, 13 November 2016

Bakal PM...

Air mata menitis dalam pertemuan Hasmah-Azizah


Isteri perdana menteri keempat Tun Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini mengunjungi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hadir, berkata pertemuan itu sungguh menyentuh perasaan.

Malah, katanya, air mata turut berguguran dalam pertemuan dua sahabat lama itu – sebelum suami mereka menjadi seteru politik.

Sebelum ini, suami mereka – dua tokoh politik negara – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.

Kedua-dua pemimpin itu kini berkongsi pendirian politik untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Sumber Harian News 

Yang kuat jangan ego, yang lemah sedar diri, kata Zuraidah

Pemimpin dan perwakilan wanita dalam Konvensyen PH pertama.
Pemimpin dan perwakilan wanita dalam Konvensyen PH pertama.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin meminta semua pihak yang merasa diri mereka kuat mengurangkan ego mereka manakala yang lemah pula menyedari realiti itu.
Zuraidah KamarudinZuraidah Kamarudin"Kepada mereka yang rasa kuat, kurangkanlah ego itu. Kepada yang lemah kita harap sedar realiti itu," kata Zuraidah ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan hari ini.
Bagi beliau, dengan cara itu semua perkara akan berjalan lancar termasuk usaha untuk satu lawan satu berlaku dalam pilihan raa umum nanti.
"Wanita Keadilan akan menggembleng tenaga untuk gerakkan gelombang kempen satu lawan satu," katanya.
Bagi beliau, selepas pilihan raya umum ke 13, Pakatan Rakyat telah berkubur walaupun menang empat negeri.
Namun, katanya, dalam masa yang sama Umno juga telah pincang.
"(Tun Dr) Mahathir keluar Umno buat Deklarasi Rakyat. (Tan Sri) Muhyiddin keluar Umno dan sekarang menubuhkan Bersatu. (Datuk Seri) Shafie Apdal juga sama.
"Ini masa terbaik untuk kita semua bersatu gabungkan tenaga untuk menggantikan kerajaan Umno BN," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena