Thursday, 10 November 2016

[Video 'PM kegemaranku'?] 'Kesan Kemenangan Donald Trump' - M'sia negara keempat paling teruk terjejas di Asia Tenggara.

Jumaat, 11 November 2016

najib-donald-trump

donald trump islam racist
JAKARTA – INDONESIA: Umat Islam di seluruh Asia kini sedang bergelut menerima kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat hari ini.
“Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?” demikian soal aktivis, Alijah Diete selepas kemenangan Trump.
Sebelum ini, Trump membuat kenyataan kontroversi apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam dari memasuki AS selepas insiden tembakan di California seterusnya menyebabkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.
DI Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.
“Saya amat bimbang dengan hubungan antara AS dan negara Islam lain akan menjadi tegang kembali,” kata Diete lagi.
Datuk Seri Najib Razak berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru Donald Trump bukan asing buat dirinya memandangkan beliau secara peribadi mengenali ahli perniagaan tersebut.
Trump panggil Najib 'PM kegemaranku'
“Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan asing bagi saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Persidangan Daya eUsahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai kemenangan Trump sebagai presiden AS yang baru.
Nota Ana Ghoib: Najib sendiri perlukan nasihat yang benar contohnya tolong cari wang KWAP [pesara] yang dipinjam SRC International.
Teringat kisah haiwan labi-labi yang menggigit enggan melepaskan gigitan sakit dan bahayanya kecuali berbunyi petir di langit menurut kisah nasihat orang tua-tua dahulu.
Begitulah situasinya akan dirinya Najib dan konco-konco yang langsung tidak berbunyi dan berminat mencari kemana perginya dana [komisen] yang hilang itu seakan ada seseorang yang menggigit enggan melepaskan.
Ingatlah nasihat yang benar ini Najib dan pengikutnya – degil dan buat-buat tak peduli – tidak akan menyelamatkan kamu semua dan ingatlah akan firman Allah: Neraka itu memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran) – (Al Quran Surah Al-Ma’aarij 70:17)
Thoha Putrajaya Mewah Dan Bersukarialah… Buatlah perkara baik dan benar sebelum terlambat
Firman Allah: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). – (Al-An’aam 6:44)
ana ghoib petir putrajaya seniman menangis islam Photo by Raja Faizal Hishan
MALAYSIA STYLO MRM

M'sia negara keempat paling teruk terjejas di Asia Tenggara


Malaysia bakal menjadi negara keempat dalam rantau Asia Tenggara yang paling teruk terjejas berikutan  kemenangan Donald Trump semalam, menurut kajian firma erkemuka Nomura Global Economics.
Bloomberg yang memetik kajian itu melaporkan negara paling terjejas adalah Filipina dan diikuti oleh Thailand dan Indonesia.
Aspek yang dijangka terjejas teruk itu ialah jumlah eksport ke Amerika dengan Filipina bakal kehilangan sehingga 15 peratus, Thailand (lebih 11 peratus), Indonesia (sekitar 11 peratus), Malaysia (hampir 10 peratus) dan Singapura (hampir 10 peratus).
Sementara itu, China selaku rakan perdagangan utama AS pada tahun lepas dengan nilai dagangan lebih AS$600 bilion pada tahun lepas mungkin berdepan risiko dikenakan tarif atas barangannya.
"Langkah sedemikian akan menjejaskan eksport China. Ia juga boleh mencetuskan perang perdagangan jika Beijing bertindak balas dengan ekonomi negara rantau Asia yang lain menjadi mangsa pertembungan dua kuasa besar itu," kata laporan yang sama.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dipetik Bernama sebagai berkata, Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) gagal untuk dilaksanakan.
"Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan dihasilkan," jelas Mustapa sambil merujuk kepada kajian PricewaterhouseCoopers (PwC) yang mengunjurkan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika TPPA terlaksana.
Kebimbangan mengenai terbatalnya TPPA itu tercetus ekoran kenyataan Trump dalam kempennya tidak lama dahulu yang mahu perjanjian tersebut berkubur jika beliau dinobatkan sebagai presiden AS yang baru.
Menyifatkan TPPA sebagai perjanjian perdagangan yang 'dahsyat', Trump mahu ia dibatalkan kerana mendakwa ia sebagai tidak memberi kelebihan kepada negara Uncle Sam itu.
Mengulas lanjut, kata Nomura lagi, di rantau Asia pula, negara yang paling terkesan ekoran kemenangan Trump ialah Korea Selatan.
"Korea Selatan mungkin berdepan tindak balas dari dua sisi dengan Trump telah mengkritik perjanjian perdagangan bebas dengan negara itu pada 2012 kerana memusnahkan hampir 100,000 pekerjaan Amerika.
"Trump telah berikrar untuk memaksa Korea Selatan untuk membiayai sepenuhnya kos jaminan keselamatan diberikan oleh Amerika Syarikat yang boleh menambah kepada masalah fiskal," kata firma itu lagi.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

SALAM KENAL SEMUA,SAYA PAK AGUS TONO DARI MALAYSIA
CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI (ASLI) BUKAN REKAYASAH!!!

TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO SUDAH 3 TAHUN SAYA MENDERITA DI MALAYSIA KERJAAN SAYA CUMA MENOMBAK KELAPA SAWIT PENDAPATAN TIDAK SEBERAPA SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 700 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH SAYA DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET SAYA COBA-COBA HUBUNG KARNA DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH SERO LANSUNG TOTO 6D BENAR-BENAR 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO RENCANA MAU PULANG KE INDO BUKA USAHA INI SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB MBAH SERO BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA HUBUNGI MBAH SERO
DI NOMOR (_082_370_357_999_) TERIMA KASIH
INI KISAH NYATA DARI SAYA..
























SALAM KENAL SEMUA,SAYA PAK AGUS TONO DARI MALAYSIA
CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI (ASLI) BUKAN REKAYASAH!!!

TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO SUDAH 3 TAHUN SAYA MENDERITA DI MALAYSIA KERJAAN SAYA CUMA MENOMBAK KELAPA SAWIT PENDAPATAN TIDAK SEBERAPA SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 700 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH SAYA DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET SAYA COBA-COBA HUBUNG KARNA DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH SERO LANSUNG TOTO 6D BENAR-BENAR 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO RENCANA MAU PULANG KE INDO BUKA USAHA INI SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB MBAH SERO BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA HUBUNGI MBAH SERO
DI NOMOR (_082_370_357_999_) TERIMA KASIH
INI KISAH NYATA DARI SAYA..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena