Saturday, 12 November 2016

[Video Tun M sindir PAS?] "Wehh, bagun lah anak melayu, pukul kepala ko tu dengan kayu!" Demi rakyat, mereka yang dulu 'jauh' kini bersama Pakatan Harapan.

Ahad, 13 November 2016
kau lh yg paling bodoh gadeess johor kau tu mcm hidup d zaman batu mcm katak bawah tempurung x tahu perkembangan semasa org mcm kau buat malu ibu bapa aje
Hada Abdullah Wehh bagun lah anak melayu, pukul kepala ko tu dengan kayu,biar keluar semua darah beku barulah otak tak jadi tepu,bebalik nk risau kan si Trump yg tengah sibuk nak halau imigrant dlm negara dia,Bukan macam pm ko yang sibuk kumpulkan pendatang untuk selamatkan periuk nasi dia.

MANA ADA kepala perompak mengaku dirinya kepala perompak !!
Siapa KEPALA PEROMPAK sebenarnya..??
#MO1, ayah tiri kepada penerbit filem porno ITU SIAPA ??!!
Image result for Foto saya kenal donald Trump
Image result for Foto najib kenal trump
Image result for Foto najib kenal trump
Duterte, Najib bond over singing at dinner
Demi rakyat, mereka yang dulu "jauh" kini bersama Pakatan Harapan

Demi rakyat, mereka yang dulu "jauh" kini bersama Pakatan Harapan

Ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim menyeru semua pihak menyatakan pendirian untuk terus bersama dalam gabungan Pakatan Harapan demi menyelamatkan Malaysia.
Beliau berkata, demi rakyat, persefahaman dan kesepakatan harus disuburkan untuk membina Malaysia yang lebih baik tanpa berundur kerana Pakatan Harapan memiliki semangat "lawan tetap lawan-satu lawan satu".
"Dalam begitu lama kita ditindas dalam perjuangan demi mahu memastikan kelangsungan perjuangan rakyat, sehinggakan sampai satu tahap, mereka yang dahulunya ‘jauh’ dengan kita telah bersama dengan kita.
"Kerana matlamat yang sama, ia telah merapatkan hubungan kita yang dulunya terpisah. Dengan keterpisahan itu, mengenalkan sesama kita makna perjuangan rakyat, kebajikan rakyat, dan kemajuan demi rakyat. Bak kata, pepatah melayu, “sepakat membawa berkat” dan “yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan”," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, semalam.
Konvensyen yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin akar umbi Pakatan Harapan itu melancarkan petisyen "Bebaskan Anwar".
Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu malaysia (PPBM) turut memakai lencana tertera tulisan "Bebas Anwar" di samping gambar bekas ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga mengajak seluruh pimpinan pembangkang untuk turun ke perhimpnan Bersih 5 bagi bersama-sama rakyat dari seluruh negara membantah monopoli kenaikan harga barang.
"Pada 19 November ini iaitu pada hari Sabtu hadapan, kita akan turun ke Perhimpunan Aman Bersih 5 di Dataran Merdeka bersama-sama rakyat dari segenap pelusuk negara.
"Kita tuntut demokrasi yang adil dan saksama. Bersih menuntut pilihanraya yang bebas dan adil; membantah monopoli dan kenaikan harga barang; menentang penyalahgunaan kuasa dan kezaliman. Tuntutan tersebut adalah juga tuntutan rakyat.
"Ini adalah adat perjuangan yang menjadi tanggungjawab kita untuk membina suatu yang lebih baik, lebih saksama dan lebih mulia.
"Semua ini melihat kepada semangat kemerdekaan sebuah negara demokratik dengan Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan akan tercapai," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena