Monday 10 April 2017

[Video Afdlin Shauki & Pak Nil pertahankan Najib Ali] Rafizi: Individu terima dana 1MDB adalah bekas pemimpin PAS

Isnin, 10 April 2017




Image result for Gambar Pak nil
Pak Nil Ganti Najip Ali Selaku Juri Tetap MLM2017

Rafizi: Individu terima dana 1MDB adalah bekas pemimpin PAS

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini mendakwa individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS.
Katanya, tindakan individu itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana ingin menjalin hubungan antara partinya dengan Umno.
"Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.
Malah, menurut Rafizi, individu berkenaan pernah ditegur oleh Nik Aziz dalam beberapa kejadian.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR itu masih merahsiakan identiti individu berkenaan dan berkata, beliau akan mendedahkan butirannya minggu ini.
Disoal mengenai sejauh mana kekukuhan bukti yang dimilikinya, Rafizi menjawab: "Saya fikir ia akan memfokus segala-galanya dan usaha menutup isu 1MDB. Ia akan membawa fokus semula kepada 1MDB."
Kerajaan menafikan terdapat usaha cuba menutup isu 1MDB walaupun firma pelaburan negara itu menjadi subjek tumpuan siasatan pelbagai negara dengan beberapa individu didakwa berhubung kes itu di Singapura.
Sementara itu, Rafizi berkata beliau perlu menunggu beberapa hari sebelum mendedahkan maklumat lanjut kerana mahu menjelaskan isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) mengikut perspektif Islam.
Beliau berkata umat Islam perlu diberitahu bahawa lebih banyak perdebatan diperlukan berhubung isu itu berbanding apa yang digambarkan oleh Umno.
"Selepas ini, jika saya dedahkan individu itu, rakyat akan lebih memahami," katanya.
Minggu lalu, Rafizi membuat kejutan apabila mendedahkan terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengulas dakwaannya.
Dakwaan Rafizi itu dibuat pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Mac-April lalu selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menagguhkan perbahasan usul Hadi untuk meminda Akta 355.
Pemimpin PAS itu menafikan dakwaan Rafizi, dan mencabarnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dirinya mempunyai bukti seperti yang didakwa.
Walau bagaimanapun, Rafizi berkata SPRM telah memiliki bukti berkenaan ketika mereka menyiasat 1MDB.
Najib juga menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan mendakwa bahawa dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi miliknya adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi dan bukannya berasal daripada 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena