Monday 10 April 2017

[Video Najib tak nak dengar cakap saya, kata Muhyiddin] Kisah cinta UMNO-PAS tangguh ke sidang berikutnya.

Isnin, 10 April 2017

Kisah cinta UMNO-PAS tangguh ke sidang berikutnya


Petang ini kita disajikan dengan kisah cinta yang mempertemukan dua kekasih yang bernama PAS dan UMNO. Cinta ini berputik daripada rasa yang sama, kononnya untuk memperkasakan agama Islam melalui RUU355.
Penyokong drama sinetron mana yang tak terharu, apabila melihat air mata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tumpah di persidangan Parlimen, di fikirannya mungkin terbayang dirinya sedang memimpin seluruh umat Islam ke arah cahaya, ke jalan yang benar lagi lurus.
Setelah dibahas panjang lebar selama hampir satu jam oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai mengapa cinta antara UMNO-PAS ini harus dimekarkan di bumi Malaysia untuk nanti bunganya dipetik dalam bentuk RUU355, klimaks yang ditunggu-tunggu penyokong (baca: penonton) nampaknya tak kesampaian.
Ia ditangguh lagi, kali ini dengan campur tangan oleh pihak ketiga, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Cinta songsang lagi kotor ini cuba dibangkang dan dibahas Ahli Parlimen pembangkang, namun dihalang oleh keputusan berat sebelah Pandikar.
Kali pertama ditangguhkan, dua kali ditangguhkan, dengan kononnya untuk memperjelaskan RUU355 kepada penyokong (baca: penonton), untuk difahamkan. Malah diadakan perhimpunan ungu di ibu kota, dengan ucapan salam mesra penuh kasih dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sebelum bertolak perdana menteri dan timbalan perdana menteri minta saya sampaikan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dihadapan ribuan penyokong (baca: penonton) RUU355.
Bukan sukar untuk membayangkan akan ada lagi perhimpunan kali kedua. Ibu kota mungkin sekali lagi dipenuhi dengan warna ungu, atau hijau, atau apa-apa yang menarik hati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Undi kami untuk memakmurkan Islam” akan jadi slogan untuk menarik sokongan. Semua ini tak lain dan tak bukan permainan cinta sonsang UMNO dan PAS demi mengekalkan kuasa.- Roketkini.com

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena