Thursday 6 April 2017

[Video] RUU355: Muhyiddin rasa bagai dipermainkan & Saya tak tahu apa perasaan PAS! "Dia boleh bentang, boleh sokong tapi tak ada keputusan?"

Khamis, 6 April 2017


Muhyiddin rasa bagai dipermainkan


PARLIMEN | Usul persendirian dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) untuk meminda Akta 355 - atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia menjadi perhatian ramai kerana ada sesetengah pihak - termasuk parti komponen BN - menentang cadangan berkenaan. Umno pula pernah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih usul berkenaan.

Bagaimanapun, mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 29 Mac lalu memutuskan rang undang-undang itu tidak diambil alih oleh kerajaan dan menyerahkannya kepada Speaker Dewan Rakyat menentukan kedudukan usul berkenaan.

Tengah hari tadi usul itu dibawa oleh Abdul Hadi dan disokong oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu). Bagaimanapun, selepas ucapan menyokong usul itu ditamatkan petang tadi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang Dewan Rakyat sebelum usul Abdul Hadi itu dibahaskan.
Berikut adalah komen beberapa anggota parlimen mengenai usul tersebut:

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (BERSATU-Pagoh)
Wakil rakyat tertanya-tanya apa yang terjadi (selepas sidang ditangguhkan). Sebaik mungkin, apabila (usul) dibentangkan - walaupun ada pihak kata tak payah - berilah ruang kepada ahli-ahli parlimen (berbahas). Manalah tahu kalau saya nak sokong, atau ramai lagi hendak sokong, atau tidak sokong.


Sekarang ini seolah-olah kita dipermainkan. Saya tak tahu apa perasaan PAS. Dia boleh bentang, boleh sokong tapi tak ada keputusan.

Pada saya ini adalah mungkin perkara yang tak pernah berlaku, namun tentulah rakyat mahukan jawapan sebenar. Adakah ini akan diluluskan atau sebaliknya kerana penjelasan telah dibuat oleh ahli parlimen Marang tadi menyatakan terperinci, dan saya fikir beliau dapat bentang dengan baik walau ada pihak mungkin persoal kandungan, cadangan, tambah hukuman dan sebagainya
Apabila tak beri ruang kepada ahli parlimen pembangkang, malah yang lain-lain untuk suarakan pandangan, pada saya ini menyekat kebebasan.

Saya tidak persoal kuasa speaker. Memang beliau kata ada hak buat keputusan. Namun speaker kena pertimbangkan, dalam sistem demokrasi berparlimen, kita di dalam dewan harus diberikan peluang supaya rakyat tahu kita mengupas, kaji secara mendalam apakah RUU ini supaya tak ada pihak yang menyalah tafsir.

Posted by indah.com

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena