Wednesday 12 April 2017

[Video UMNO Tunggangkan PAS utk Pecah-belahkan PH] 'Kerajaan Melayu Islam Nusantara' Pas masih berangan-angan untuk bergabung dengan Umno!

Rabu, 12 April 2017
Status Facebook Razman hari ini
Status Facebook Razman hari ini
Kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak di Facebook hari ini mengenai pembentukan 'Kerajaan Melayu Islam Nusantara' menimbulkan keresahan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi RamliRafizi RamliBeliau berkata, kenyataan itu mengiyakan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir dalam kepimpinan Pas sekarang yang masih berangan-angan untuk bergabung dengan Umno (sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus) dan mengambil alih Putrajaya melalui kerjasama sulit ini.
"Apatah lagi bilangan kerusi parlimen sebanyak 80 kerusi itu sama banyak dengan pengumuman terkini pimpinan terkanan Pas bahawa parti itu berkehendakkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia.
"Apabila ditambah dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri sebelum ini yang menjadi tular tentang keinginan Pas untuk menguasai 5 buah negeri dan “membenarkan” Umno berkuasa di negeri-negeri lain; kepimpinan Pas tidak lagi boleh membuat tidak endah kerisauan rakyat mengenai sikap Pas kepada Umno," katanya dalam kenyataan hari ini.
Razman hari ini menulis di Facebooknya:
PRU14 kerajaan Malaysia:-
Gagasan Sejahtera.
PAS 80 + Umno 40 + Sabah/Sarawak 45
PM TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) Presiden PAS
Kerajaan Melayu Islam Nusantara
Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak ambil kisah jika perkongsian mengenai penggabungan Pas dan Umno itu ditulis oleh seorang ketua cawangan Pas kerana ia mungkin pandangan picisan.
Namun katanya, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang Pesuruhjaya Pas di negeri penting yang ingin dikuasai oleh Pas seperti yang diumumkan oleh Presidennya sendiri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menimbulkan perkara ini supaya ada jawapan yang jelas dari pimpinan Pas Pusat.
"Sebab itu saya secara terbuka tampil dengan peringatan kepada Datuk Seri Hadi Awang mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Datuk Seri Najib kepada seorang tokoh bekas pimpinan kanan Pas yang dilihat membawa agenda Kerajaan Perpaduan di antara Pas dan Umno sejak bertahun-tahun lamanya," tegasnya.
Ahli parlimen Pandan itu juga berkata, kenyataan Razman itu menimbulkan suasana mendesak supaya kepimpinan Pas Pusat membuat pendirian rasmi mengenai beberapa perkara termasuk berterus-terang kepada rakyat dan Keadilan supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti.
"Jika Pas langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian Pesuruhjaya Pas Perak itu hanya strategi peribadi beliau, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana 'angan-angan' beliau itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada Pas.
Menurut Rafizi, status Facebook Razman yang dinaikkan sekitar jam 9 pagi tadi masih lagi berada di laman Facebook beliau sehingga kenyataan media ini ditulis jam pada 12.14 tengah hari ini.
Sementara itu, Rafizi memberitahu beliau akan mendedahkan tokoh bekas pimpinan Pas yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1 tengah hari esok.
Sidang media itu akan dibuat secara live di Facebooknya.
Seterusnya pada hari Jumaat ini, beliau akan membuat laporan SPRM bersama-sama dengan maklumat yang diperoleh di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 11 pagi.
"Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya kerana niat saya adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena