Monday 9 October 2017

[Video 100 penyokong WARISAN berkumpul depan mahkamah] Umno semakin menguncup di Pulau Pinang.

Selasa, 10 Oktober 2017

Umno semakin menguncup di Pulau Pinang

Umno semakin menguncup di Pulau Pinang

Tidak dapat dinafikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang ahli Umno semakin menguncup dan beralih kepada Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang.
Huzair Osman
Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, Huzair Osman berkata, sehingga kini Bersatu Pulau Pinang berjaya mendapat sokongan 10,000 ahli.
“Sehingga kini kita telah berjaya mendapat sokongan dengan penubuhan begitu banyak cawangan di samping ahli Umno yang telah meninggalkan parti tersebut.
“Setakat ini majoriti dari mereka yang menyertai Parti Bersatu adalah ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib.
“Lebih parah lagi, ramai antara mereka adalah ahli Umno yang telah begitu lama setia kepada parti tersebut, sebaliknya terpaksa meninggalkan Umno setelah sedar pelbagai skandal dan penyelewengan kepimpinan Umno dan BN,” jelasnya.
Beliau juga berkata, Bersatu optimis dapat bersama-sama dengan PH untuk merampas sepuluh lagi kerusi Umno yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2013 yang lalu.
“Kini Umno hanya berbaki 10 kerusi Dun dan tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.
“Tidak dapat dinafikan dengan majoriti yang diperoleh sebanyak 1,539 undi oleh BN di Parlimen Balik Pulau, ia bukan suatu yang sukar untuk dirampas semula.
“Begitu juga dengan majoriti sebanyak 3,042 undi yang diterima oleh BN di Parlimen Tasek Gelugor serta 4,176 undi bagi Parlimen Kepala Batas,” ujarnya lagi.
Huzair juga berkata, gabungan mantap dalam PH kini mampu untuk menarik lebih banyak sokongan pengundi untuk menyokong PH.
Azmi Alang
Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang pula berkata, sehingga kini ahli Bersatu Tasek Gelugor telah pun mencecah 3,000 ahli.
“Penyertaan ahli baru dan mereka yang keluar Umno dengan menyertai Bersatu Tasek Gelugor, memberi tamparan yang hebat kepada Umno.
“BN hanya berjaya mendapat majoriti 3,042 undi semasa pilihan raya umum 2013 yang lalu dengan kerjasama Pakatan Rakyat ketika itu.
“Tapi kini sudah berbeza kerana kita mempunyai mereka yang sudah muak dengan Pas dan juga Umno di Tasek Gelugor,” katanya.
Oleh kerana itu tambahnya, adalah tidak sukar bagi PH untuk meraih sokongan yang berganda dengan mengalahkan Umno dan BN bukan saja di Tasek Gelugor tetapi juga bagi dua lagi Parlimen yang dimenangi BN pada tahun 2013.
“Berdasarkan rekod turun padang yang dilakukan sejak sekian lama, kita dapati ramai yang sudah bosan dengan penipuan pimpinan Umno dan BN dari peringkat bahagian sehinggalah ke peringkat pusat.
“Mereka juga kesal dengan sikap ‘double standard’ yang diamalkan dalam pimpinan Umno khususnya dalam pembahagian bantuan dan peruntukan kerajaan apabila ia diagihkan secara tidak adil dan hanya kepada kroni mereka semata-mata.
“Sikap ego pimpinan Umno dan BN termasuklah di banyak bahagian Umno menyebabkan pengundi semakin hilang keyakinan kepada mereka dan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah memperkenalkan pelbagai program kebajikan untuk rakyat,” tegasnya lagi.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena