Mid-week Notes” -- A weekly column RM30 million to RM40 million to solve flash flood problems in KL? They only have to peek into the drains for an answer..... and it cannot cost that much!...
SAMAN KE ATAS SARAWAK REPORT AKAN DEDAH KEKAYAAN PEMIMPIN PAS?
Datuk Zaid Ibrahim mengkritik Umno dan pemimpinnya yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar di sebalik saman Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Merujuk perbicaraan kes yang sedang berlangsung di United Kingdom, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, seseorang tidak akan tahu mengenai laporan Sarawak Report itu, sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS daripada Dewan Ulamanya menerima kira-kira RM10 juta daripada dana disyaki 1MDB.
“Jika anda tidak tahu mengenainya, anda akan menganggap kes itu adalah Clare Rewcastle-Brown dan Datuk Ambiga Sreenevasan melawan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta blogger Umno, berdasarkan berita di internet.
“Serangan terhadap Ambiga dan Clare adalah taktik mengalihkan tumpuan kerana PAS kehilangan sokongan dengan cepat, dan ini bukan apa yang ditawarkan Umno dalam rancangan mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kritikan Abdul Rahman yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri terhadap bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga.
Ahad lalu, media melaporkan Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi yang difailkan di London mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.
“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.
Pembelaan Clare dibuat sebagai respons terhadap saman fitnah Hadi terhadapnya yang difailkan April tahun ini. Hadi mendakwa beliau difitnah di dalam artikel Sarawak Report yang diterbitkan pada 6 Ogos 2016.
“Kenapa Umno dan pemimpinnya menekan Ambiga untuk mendedahkan sumbernya? Ambiga bukanlah satu-satunya orang yang diberitahu tentang kekayaan pemimpin PAS oleh sumber rapat.
“Tambahan, hanya Hadi menyaman Clare walaupun dakwaan mengenai pemberian ‘hadiah’ RM90 juta itu daripada Najib ditujukan kepada pemimpin tertinggi parti,” kata Zaid.
Beliau berkata, laporan Clare adalah mengenai kekayaan dan gaya hidup mewah pemimpin PAS.
“Rakan-rakan menunjukkan gambar rumah dan kereta Datuk Nasharudin Mat Isa kepada saya dan bagaimana beliau kini menaiki penerbangan kelas pertama.
“Ini bukan perkara yang tidak diketahui rakyat Malaysia. Memfailkan saman terhadap Clare di London hanya akan menyebabkan cerita ini tersebar lebih pantas dan mendalam ke kawasan pedalaman Malaysia.
“Orang dari seluruh pelusuk Kelantan dan Terengganu sudah tahu tentang ‘transformasi’ pemimpin PAS,” katanya.
Zaid mengimbau kembali bagaimana pemimpin PAS seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempunyai kekayaan tidak seberapa dan menjalani kehidupan sederhana ketika menerajui parti itu sebagai mursyidul am dan menteri besar Kelantan lebih 20 tahun.
“Zaman itu sangat berbeza dengan keadaan sekarang, apabila pemimpin PAS memiliki rumah mahal, kereta mewah dengan nombor plat mewah dan ramai isteri.
“Soalan yang ditanya-tanya semua orang ialah dari mana mereka memperoleh wang untuk transformasi segera dalam kehidupan mereka?”
Zaid menyasarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang tinggal di Kota Bharu.
“Saya tidak ingat dia mempunyai firma guaman besar atau perniagaan berjaya untuk menikmati gaya hidup sekarang.
“Tetapi, dia kaya sekarang, macam mana lagi dia mampu membeli nombor plat ‘TAK11’ seperti didedahkan Clare dalam dokumen perbicaraannya?”
Zaid juga mempersoalkan “hadiah” yang didakwa diberikan Najib kepada pemimpin PAS, dan bagaimana ia mengubah reputasi parti Islam itu secara drastik.
“Sekiranya ada satu perkara baik yang dilakukan Najib untuk negara, ia adalah menggunakan wang untuk mencemarkan PAS.
“Ia adalah pengakhiran kepada mana-mana parti politik untuk menjual prinsipnya demi wang tunai.”
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
November 02, 2017
0 comments:
Post a Comment