Wednesday 15 November 2017

[Video Pemimpin Umno/BN Sabah Tak Sedar Diri...Dipermalukan! & Exco Pas Rumah Macam Kedai Kereta Terpakai] ERL rugi enam tahun berturut-turut.

Khamis, 16 November 2017

ERL rugi enam tahun berturut-turut

ERL rugi enam tahun berturut-turut
Jumlah penumpang ERL mencatatkan penurunan selepas kenaikan harga tiket pada tahun lalu. – Gambar Youtube, 15 November, 2017.

KEMENTERIAN Pengangkutan mendedahkan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami kerugian selepas cukai terkumpul berjumlah RM661.34 juta pada 2016. 
"ERL telah mengalami kerugian selepas cukai selama enam tahun berturut-turut iaitu dari tahun kewangan 2009 hingga 2014. 
"Sehingga tahun 2016 kerugian selepas cukai terkumpul RM661.34 juta," kata timbalan menterinya, Ab Aziz Kaprawi dalam sidang Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim.
Ab Aziz bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada ERL mengalami kerugian pada 2015 dan 2016. 
Khalid bertanyakan soalan mengenai prestasi kewangan ERL sejak ia mula beroperasi selain meminta kementerian menyatakan jumlah yang dibayar Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada ERL sejak 2002. 
Ab Aziz menjawab MAHB bagi pihak kerajaan telah mengemukakan bayaran Passenger Service Charge (PSC) pada ERL. 
"Dari tahun 2002 sehingga September 2017. ERL terima bayaran keseluruhan PSC sebanyak RM741,234,295," katanya.  
Dalam pada itu, Ab Aziz turut memberitahu sidang dewan jumlah penumpang ERL menurun selepas kenaikan harga tiket pada tahun lalu. 
"Semenjak ERL mula beroperasi kadar purata bilangan penumpang 5.4 juta setahun. Pada 2015 terdapat peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 11.03 juta penumpang. 
"Bagaimanapun, peningkatan kadar tambang ERL pada tahun 2016 telah menyaksikan penurunan kadar penumpang ERL sebanyak 19 peratus, menjadi 8.9 juta penumpang," katanya. 
Ab Aziz dalam pada itu menyebut kos ERL berjumlah RM2.2 bilion dan perjanjian konsesi akan berakhir pada 2029. 
Untuk mengurangkan beban rakyat katanya, kerajaan telah melarang kenaikan harga tiket ERL sebanyak tiga kali dan menetapkan harga siling. 
"Kontrak konsesi ini akan tamat 2029, tetapi oleh kerana kita telah buat perjanjian awal pada 2002, telah ada satu sistem di mana setiap 5 tahun ia boleh semak (review) harga tambang. 
"Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali sepatutnya kita beri pampasan tapi kita panjangkan konsesi selama 30 tahun. 
"Jadi selepas 2029 kerajaan tidak akan bayar lagi dan selepas itu pada (operasi) dasarnya bergantung pada pasaran," katanya menjawab soalan tambahan Khalid Ibrahim. – 15 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena