Saturday 11 November 2017

[Video Ustaz Dasuki: BANJIR PENANG & Banjir Besar Kelantan, Apa Kata Idris Ahmad?] ‘Allah bayar tunai’: Idris baru bersuara?

Sabtu, 11 November 2017


Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Parti Amanah Negara telah menambah 6 foto baru 
Alhamdulillah, Menerima Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Di Edarkan Kepada Mangsa Banjir Di Pejabat KADUN Permatang Pasir. Terima Kasih Kepada Semua Penyumbang.#AmanahPeduli

‘Allah bayar tunai’: Idris baru bersuara

Selepas setahun menganggap “Allah membalas secara tunai” ketika Pulau Pinang ketika itu dilanda banjir, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad tampil memberi reaksi terhadap kenyataannya itu.
Memetik berita yang disiarkan portal Malaysia Dateline pada 20 Julai 2016 bertajuk, ‘Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP’, Idris malam tadi berkata, “malas juga hendak melayan.”
“Penjelasan mengenai tajuk berita yang diterbit oleh (Malaysia) Dateline yang tersebar dengan meluas. Kita tahulah apa tujuannya. Siapa pemiliknya.
“Saya pun malas juga hendak melayan. Banyak lagi kerja kita hendak buat. Tapi kasihan kepada mereka yang duduk sebar tajuk berita ini nanti dapat saham percuma saja,” dipetik daripada kenyataannya di Facebook atas namanya.
Idris dilihat tidak puas hati dengan laporan Malaysia Dateline yang disiar tahun lalu.
Sehubungan itu, ujar Idris, beliau akan cuba memberi penjelasan berhubung isu berkenaan yang dakwanya, “ramai juga orang bertanya” kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Beliau turut melampirkan keratan tajuk berita itu yang kemudiannya mengundang cemuhan selain sokongan daripada pencinta Pas dengan ramai daripadanya meletakkan komentar tanda pagar #UP yang bermaksud ‘Undi Pas’.
Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline sehingga tengah hari ini mendapati tiada pula penerangan yang dimaksudkan walaupun Idris berkata akan cuba menjawab isu berkenaan pada malam tadi.
Hanya sementara menantikan bermulanya satu mesyuarat, beliau menyiarkan kembali tulisan tujuh perenggannya bertajuk, “Jangan angkuh” yang juga terbit di Harakahdaily pada 19 Julai 2016.
“Orang angkuh selalunya Allah balas secara ‘cash’ untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh.
“Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima,” dipetik pada perenggan terakhir pandangan Idris tersebut.
Reaksi beliau pada 14 Syawal tahun lalu itu difahamkan ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah menyifatkan kerajaan Pas Kelantan lemah dalam pengurusan banjir di negeri itu.
“Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan.
“Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada Pas, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT,” tulis Idris.
Malaysia Dateline

1 comments:

Unknown said...

Kalau benar bahawa ALLAH akan bayar cash kepada mereka yang angkuh saperti kes 1 MDB dan wang RM2.6 billion, mengapa mereka yang melingkup kan Negara sehingga menyusah kan hidup rakyat nasih boleh tersenyu dan pehak PAS pula di lihat seolah lah menyokong perbuatan itu?

Kes banjir besar di Pulau Pinang itu merupa kan fenomena alam. Tak kan itu pun tak tahu!!! Yang di katakan Kelantan gagal mengawal banjir di akhir tahun 2014 adalah kerana sehingga kini masih ada mangsa yang belum di bela. Bukan kah kerajaan Kelantan yang sedia ada kerap melaungkan "ISLAM". Islam kah itu bila terdapat hal saperti itu. Itu belum lagi fasal pasar Siti Hajar, membalak bersama ulamak dan akan masuk negara kalau ada mereka yang mempersoalal kan fasal sampah. Elok lah Ustaz Dasuki jaga mulut dari memperkatakan yang bukan bukan @ memfitnah. Untuk Ustaz Idris pula jaga lah Bukit Gantang jangan ia nya menjadi Busut Cupak.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena