Tiada siapa hendak masuk Umno sekarang, kata Tamrin Ghafar
NASIB BAIKLAH TAMRIN GHAFAR SUDAH KELUAR PAS....
Harus diakui bahawa Pas sejak kebelakangan ini terlihat semakin keliru, caca-marba dan tidak menentu dalam menentukan pendirian dan hala tujunya sendiri.
Sekejap macam dekat dan mahu bersama Najib Razak, UMNO dan BN, tetapi dalam masa yang sama cuba pula menjalin kerjasama dengan Bersatu.
Di ketika lantang meletakkan syarat bahawa sesiapa yang ingin bekerjasama dengan mereka mesti memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah, sebaliknya di Selangor ia senang-senang bekerjasama membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan sambil mengutip laba jawatan sebagai Exco, dalam GLC negeri, ketua kampung dan macam-macam lagi.
Kukuh dengan pendirian bahawa perjuangan Pas bukan saja di dunia, tetapi yang lebih penting ialah akhirat, namun gagah juga mempertahankan mahu bertanding 70 kerusi tanpa rela diusik biar pun satu.
Kemudian, pernah juga Pas mengatakan mahu bertanding di seluruh negara, termasuk di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP.
Di ketika yang lain, Hadi Awang tidak segan-segan menyebut bahawa Pas tidak mahu berebut kuasa dengan UMNO dan BN, cukup katanya sekadar dapat jadi penasihat saja.
Namun, tidak berapa lama kemudian, Hadi juga pernah berkata, Pas memang sudah lama membuka pintu untuk formula satu lawan satu bagi menumbangkan UMNO dan BN.
Di tengah-tengah antara mahu jadi penasihat dan bersama-sama ingin menjayakan formula satu lawan satu, ada juga terkeluar suara mahu jadi king maker antara BN dengan Pakatan Harapan.
Kemudian pula, sebagaimana yang tersebar videonya, Hadi mendedahkan Pas ingin mentadbir lima negeri melalui kerjasamanya dengan UMNO.
Tak tahu kenapa dan meskipun seluruh Malaysia sudah menonton video tersebut, kata Hadi, beliau tidak pernah sama-sekali bercakap demikian. Allahu Akbar Tok Guru....
Terbaru ini, dilabelkannya BN seperti biawak hidup.
Sampai hati betul Tok Guru ni...dah elok-elok pakai sedondon merah jambu, kemudian berpimpin tangan dengan Najib dan diberi ruang bekerjasama melalui Akta 355, alih-alih gelaran biawak hidup balasannya.
Yang marah dengan Pakatan Harapan sampai digelar biawak lagi besar pula, kenapa?
Bukankah ia bermakna di Selangor, Pas sama-sama biawak besar juga, kecuali jikaberani buat keputusan keluar dengan segera?
Keliru, caca-marba dan tidak menentu - itulah imej Pas sekarang ini. Tidak pernah ada mana-mana parti lain sepertinya.
Nasib baiklah Tamrin Ghafar cepat-cepat keluar Pas, jika tidak rambut putihnya pun boleh jadi hitam semula sekarang ini. (ShahbudinHusin 27/03/2017).
0 comments:
Post a Comment