Sunday 7 January 2018

[Video Umno perintah sekarang pun MELAYU DAH BANGSAT & Saifuddin Nasution Sindir Pas] Kejayaan Pakatan yang ‘bertelagah’.

Isnin, 8 Januari 2018


Image result for Gambar melayu jadi bangsat kerana umno

Kejayaan Pakatan yang ‘bertelagah’

Kejayaan Pakatan yang ‘bertelagah’

Muafakat parti komponen dalam Pakatan Harapan untuk bersetuju mengenai pembahagian kerusi serta calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri merupakan satu pencapaian besar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.

LIMA tahun lalu, parti-parti pembangkang bertelagah berhubung pembahagian kerusi sampai ke saat-saat akhir pada malam penamaan calon.
Tetapi kali ini, PKR, Bersatu, DAP dan Amanah sudah menyelesaikan masalah pembahagian kerusi itu lama sebelum Parlimen dibubarkan.
Ini satu pencapaian bagi sebuah gabungan yang disifatkan "bertelagah" oleh pemerhati dan penganalisis politik.
Menurut mereka muafakat empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) itu untuk bersetuju mengenai pembahagian kerusi serta calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri merupakan satu pencapaian yang besar.
Ia menunjukkan betapa sukar dan bersungguhnya mereka untuk menyelesaikan isu-isu ini sebelum Konvensyen PH yang kedua semalam, kata felo pelawat kanan di Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS), Wan Saiful Wan Jan.
"Mengagumkan bagaimana PH dapat mencapai persetujuan mengenai PM, TPM dan pembahagian kerusi kerana propaganda yang disebarkan ialah mereka ini berpecah.
"Jelas mereka cuba sedaya upaya untuk membuktikan mereka ini bersatu. Dan hari ini menunjukkan mereka boleh menguruskan kepelbagaian dalam pakatan itu," tambah Wan Saiful, yang hadir sebagai pemerhati pada konvensyen di Shah Alam semalam.
Merenung ke depan, pengasas IDEAS ini berkata PH masih ada banyak halangan yang perlu diatasi kerana ia sangat berbeza berbanding Barisan Nasional (BN) yang memerintah.
"Kalau kita lihat secara objektif, ada perbezaan yang ketara bagaimana BN dan PH diurus.
"BN dikendalikan oleh Umno yang dominan manakala PH melalui rundingan antara parti-parti yang setara. Menguruskan perbezaan tentulah bukan sesuatu yang mudah," kata Wan Saiful.
Selepas beberapa rundingan yang sukar, Dr Mahathir Mohamad akhirnya disahkan sebagai calon perdana menteri PH manakala Presiden PH, Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.
Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah turut mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen bagi kawasan-kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia.
Felo pelawat kanan di Institut Kajian Asia Tenggara, Wan Saiful Wan Jan berkata persepakatan ditunjukkan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang mengkagumkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.
Felo pelawat kanan di Institut Kajian Asia Tenggara, Wan Saiful Wan Jan berkata persepakatan ditunjukkan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang mengkagumkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.
Bersatu akan bertanding 52 kerusi sementara PKR mendapat 51 manakala DAP 35 dan Amanah 27.
Minggu lalu, Merdeka Center for Opinion Research meramalkan BN dan Perdana Menteri Najib Razak akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana pertandingan tiga penjuru selepas PAS berpecah daripada PH.
Pengarah Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata muafakat ini satu pencapaian yang memberangsangkan bagi pakatan yang baru setahun jagung itu.
"Pakatan pembangkang tidak pernah ada kata sepakat dalam pembahagian kerusi atau tentang soal calon PM sepanjang mereka menjalin kerjasama. Mereka sudah mengatasi cabaran besar dengan berjaya," kata Hisommudin yang selepas konvensyen semalam berakhir.
Namun penganalisis politik lain memberi amaran semua yang dicapai ini akan buntu sekiranya pemimpin PH tidak dapat meredakan keresahan penyokong mereka.
"Jika mereka gagal menenangkan penyokong di akar umbi, semua hasil kerja yang baik ini akan musnah, dan itu akan jadi satu cabaran baru," tambah Hisommudin.
Cabaran utama yang dihadapi oleh PH ialah bagaimana hendak memastikan dapat undi daripada pengundi Melayu, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Maszlee Malik.
"Cabaran sebenar Bersatu ialah memastikan berlakunya tsunami Melayu kerana merekalah harapan terbaik PH untuk perkara itu berlaku.
"Ia bukan saja perlu memenangi hati pengundi Melayu tetapi cabaran paling besar ialah meyakinkan orang Melayu yang PAS sudah tidak lagi relevan dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Penyelidik di Institut Pulau Pinang, Dr Wong Chin Huat berkata pengaruh Dr Mahathir menjadikan pakatan pembangkang itu dilihat menyeluruh dan berdisiplin.
"PH sebenarnya sebuah pakatan yang menyeluruh berbanding semua gabungan pembangkang yang pernah ada sebelum ini, yang disertai oleh musuh-musuh Dr Mahathir tetapi bukan Dr Mahathir sendiri," kata Wong.
"Pakatan ini merentas ideologi yang luas daripada Bersatu sampailah kepada DAP, yang mempunyai pendirian yang berbeza atas isu-isu seperti DEB.
"Ini boleh berlaku kerana krisis nasional yang lebih besar di bawah Najib. Ini menjadi asas rundingan untuk satu kontrak sosial yang baru, menggantikan apa yang ada selepas 1969," kata Wong.
Wong percaya apabila semuanya selesai, Malaysia mungkin akan jadi lebih stabil dan ada persaingan antara pelbagai parti yang lebih sihat.
Pemimpin DAP, Liew Chin Tong yang terlibat dalam rundingan pengagihan kerusi berkata pembahagian kerusi pada pilihan raya umum yang lalu bersejarah kerana rundingan berjalan sehingga malam pencalonan.
Pengaruh Dr Mahathir Mohamad menjadikan Pakatan Harapan dilihat menyeluruh dan berdisiplin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.
Pengaruh Dr Mahathir Mohamad menjadikan Pakatan Harapan dilihat menyeluruh dan berdisiplin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.
"Itu sebabnya ada pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara dan Semenyih," kata Liew yang ditemui pada konvensyen semalam.
Katanya, pembahagian kerusi lebih awal membolehkan calon-calon, jentera dan pengundi tahu apa yang boleh diharapkan lama sebelum pilihan raya tiba.
"Lihat semasa 2008 misalnya. Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bersetuju tentang pembahagian kerusi seawal 9 Januari (tiga bulan sebelum pilihan raya) dan itu satu faktor penting kemenangan pembangkang di Pulau Pinang.
"Kepastian tentang jumlah kerusi dan pimpinan itu kesannya besar. Kita ada kepimpinan yang pasti berbanding kepimpinan BN yang lemah di Pulau Pinang," kata Liew. – 8 Januari, 2018.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena