Sunday, 14 January 2018

[Video SABAH Ubah! Konvoi Warisan GEMPUR KUBU KUAT UmnoBN & Album TURUN Najib TURUN] Politik serba mungkin di Melaka...Pas pula bersendirian dan semakin tidak realistik di Melaka.

Isnin, 15 Januari 2018


Image result for Gambar Undi pas undi umno
Undi BERKECUALI Selamatkan BN, PAS kah HANTU itu?
Image result for Gambar Undi pas undi umno
Image result for Gambar Undi pas undi umno
PRU14 Umno Dijangka Hilang Undi

Politik serba mungkin di Melaka

POLA politik di Melaka berubah sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila sokongan rakyat sedikit demi sedikit dan mulai lebih terbuka kepada parti pembangkang. Daripada satu kerusi Parlimen di Kota Melaka yang dimenangi pada 2008, bertambah satu lagi kerusi di Parlimen Bukit Katil pada 2013. 
Pola ini satu kejutan besar dalam politik Melayu kerana penyandang Bukit Katil sebelum ini Ali Rustam sangat popular di Melaka. 
Kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) turut bertambah daripada lima kerusi pada 2008 – Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir – menjadi 7 kerusi sejak PRU13. Sekiranya dilihat secara logik politik, tidak mustahil peningkatan ini terus berlaku pada PRU akan datang. 
Pada PRU ke-14 dijangka berlakunya persaingan lebih sengit di peringkat DUN. Sebelum ini pada tahun 2013, BN menguasai 21 kerusi DUN berbanding  Pakatan Rakyat ketika itu hanya memperoleh 7 kerusi.
Namun apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan 3 Adun DAP dari Bachang, Kesidang dan Duyong keluar sebagai bebas, maka pembangkang kehilangan empat kerusi. Kesannya, kedudukan PH kini tidak dianggap sebagai ancaman bagi BN Melaka. 
Namun situasi ini tidaklah boleh dipandang enteng kerana terdapat isu-isu tempatan di Melaka yang perlu diberikan perhatian khususnya pertembungan dalaman parti komponen BN Melaka sendiri.
Pengaruh isu nasional 
Meskipun tiga wakil rakyat DAP dari Bachang, Kesidang dan Duyong keluar sebagai bebas namun dijangka ketiga-tiga kerusi tersebut akan dapat dirampas kembali oleh DAP berdasarkan sentimen pengundi Cina di kawasan tersebut. 
DUN Ayer Keroh, Bandar Hilir dan kerusi Kota Laksamana dijangka akan terus menjadi kubu kuat pengundi bandaran. Berdasarkan PRU 2013, peratusan pengundi Cina mengundi BN di kerusi negeri di Melaka hanyalah sekitar 7.2%. Pola dan jumlah pengundian dijangka akan kekal atau lebih rendah lagi pada PRU akan datang.  
Hal ini dipengaruhi isu-isu nasional termasuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pengenalan GST, isu 1MDB dan isu tadbir urus yang sentiasa dimainkan oleh pihak pembangkang.
Kerusi DUN Kelebang juga bakal menjadi kawasan pertembungan yang sengit antara DAP dan MCA. Dengan cuma memenangi majoriti 2,097 pada PRU 2013, MCA dijangka berdepan dengan laluan sukar berdepan dengan DAP. 
Di Bemban pula MCA hanya mendapat 2,028 undi majoriti dan sudah pasti kawasan ini kini dalam radar pemerhatian PH. Namun pengundi Melayu dijangka menjadi penentu jika kemenangan berpihak kepada MCA.
PKR pula berpeluang memenangi Machap kerana pada 2013, calon MCA Lai Meng Chong cuma memperoleh 151 undi majoriti. Jadi, PKR akan menjadikan kerusi Machap sebagai tumpuan utama kerusi ini. Atau, mungkinkah DAP akan bertanding pada kerusi ini?
PAS memenangi Bukit Baru dan wakil rakyatnya Dr Khalid Kassim merupakan ahli politik yang popular dan mesra rakyat. Wakil rakyat lulusan doktor perubatan tersebut juga sering turun padang dan sifat merendah diri beliau disukai ramai. Namun percaturan politik PAS Pusat akan menyebabkan kedudukan Bukit Baru  ini terjejas.
Tambahan pula, Dr Khalid Kassim hanya memperoleh kemenangan 48 undi sahaja. Sudah pasti, Umno akan berusaha keras untuk merampas kerusi Bukit Baru.  Perpecahan dengan Pakatan Rakyat menyebabkan PAS di Melaka bersendirian dan peluang Umno boleh menang sangat tinggi. Yang pasti akan berlaku pertembungan Amanah, Umno dan PAS dalam perebutan kerusi ini.
Sekiranya, PAS Melaka berunding dengan Pakatan Harapan agar tidak meletakkan calon di Bukit Tinggi dan memberikan sokongan kepada PAS, maka kerusi ini boleh diselamatkan daripada jatuh ke tangan Umno. Namun setakat ini, pintu rundingan PAS dan PH seakan-akan sudah tertutup.
Sebelum ini PAS juga berpeluang memenangi kerusi Telok Mas berdasarkan prestasi PAS mampu memberikan tekanan yang kuat hingga calon Umno hanya memperoleh 701 undi majoriti.  Begitu juga Durian Tunggal, PAS ada peluang menang kerana pernah mengurangkan majoriti BN hingga 1,316 undi pada PRU lepas.
Namun kali ini, pertembungan PAS, Umno dan Amanah akan menyebabkan undi terpecah dan mungkin peluang PAS semakin tipis manakala Amanah belum lagi bertapak kuat dan ini memberikan kelebihan kepada Umno.
PAS tidak realistik
PAS Melaka terlalu bercita-cita tinggi dan tidak realistik apabila mengumumkan akan bertanding sebanyak 22 kerusi DUN dan lima Parlimen. Langkah  ini merugikan PAS Melaka, takut yang dikejar tak dapat manakala yang dikendong berciciran.  
Amanah pula dijangka bertanding sembilan kerusi negeri dan satu kerusi Parlimen. Dengan pertembungan tiga penjuru yang tidak dapat dielakkan, peluang Amanah sehingga kini masih tipis walaupun kepimpinan parti tersebut yakin boleh menembusi beberapa DUN di Melaka.
PH memfokuskan lapan kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis BN dan mempastikan lapan kerusi yang sedia mereka tidak tumbang. Isu yang dijangka dimainkan oleh PH ialah isu tanah di Melaka dan pelaburan China, kepimpinan Ketua Menteri Melaka yang dikatakan mempunyai stail dan gaya kepimpinan yang berbeza dengan Ali Rustam yang memerlukan penyesuaian, isu tadbir urus dan majlis tempatan dan beberapa isu tempatan lain.
Umno dan BN pula akan menggunakan segala jentera yang ada untuk mempertahankan dan merampas kerusi yang ada. Dengan jentera di 427 cawangan dan 137,586 keahlian Umno Melaka, BN Melaka yakin dapat menangkis apa-apa serangan pembangkang khususnya PH. 
Kempen penambahan 10 peratus pengundi di setiap DUN telah mencapai sasaran. Persempadanan semula dan pendaftaran pengundi baharu ialah antara kekuatan BN Melaka.
Di Paya Rumput walaupun terdapat 56 peratus Melayu, 36 peratus Cina dan lapan peratus India namun Umno hanya mampu memperoleh 1,207 undi pada PRU lalu. Justeru, langkah penambahan pengundi baru sangat giat dilakukan. Usaha ini dilakukan secara menyeluruh di Melaka bagi memastikan kemenangan di pihak BN.  
Strategi BN kini ialah memberi tumpuan terhadap gerak kerja terakhir menjelang PRU dan memastikan persiapan jentera untuk menggempur. Pada masa yang sama memastikan apa-apa isu-isu rakyat  atau tempatan diselesaikan segera.
Di satu sisi pula, PH bergiat cergas menembusi kawasan-kawasan kampung Melayu yang terdiri daripada 70 peratus penyokong tegar Umno. Usaha menarik sokongan pengundi Melayu ini dikuatkan naratif kempen Bersatu berupaya menggantikan Umno sebagai parti Melayu. Usaha ini lebih berjaya sekiranya Dr Mahathir Mohamad turun sendiri ke kawasan-kawasan tumpuan PH di Melaka. Hal ini kerana politik Melaka mempunyai serba kemungkinan. – 14 Januari, 2018.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
* Dr Awang Azman Awang Pawi ialah ahli akademik yang percaya dunia akademik melangkaui politik kepartian dan intelektual awam adalah pencetus pencerahan. Selain memberi kuliah beliau juga menjalankan kajian bebas dalam bidang sosio-budaya termasuk budaya politik dan budaya masyarakat.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena