Sunday, 14 January 2018

[Video Shafie Afdal-60% Harta Negara dijual kpd China Komunis & MCA-Gerakan melukut ditepi gantang] TAHNIAH, 'Bapa Jual Aset Negara'! Ada 900 'Fatimah Ismail' lahir hari sama dalam daftar pemilih, kata Dr Mahathir.

Isnin, 15 Januari 2018


Image result for Gambar Harta negara dijual
TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malaysia Sekarang Milik China.

Ada 900 ‘Fatimah Ismail’ lahir hari sama dalam daftar pemilih, kata Dr Mahathir

Ada 900 ‘Fatimah Ismail’ lahir hari sama dalam daftar pemilih, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad malam tadi memberitahu wujud beberapa perkara pelik dalam daftar pemilih untuk PRU14, antaranya adalah 900 'Fatimah Ismail' lahir pada hari sama di seluruh negara serta pengundi Langkawi yang diubah pusat mengundi ke Alor Setar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2018. January 15
TERDAPAT 900 “Fatimah Ismail” yang lahir pada tarikh sama didaftarkan di pelbagai pusat undi seluruh negara, dedah Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan melancarkan Bersatu Bahagian Setiawangsa di Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya, nama itu adalah antara perkara meragukan yang dikesan pada senarai daftar pemilih diperolehinya baru-baru ini.
“Baru-baru ini saya dapat salinan daftar pemilih untuk pilihan raya umum akan datang. Kami dapati banyak percanggahan yang sengaja dibuat untuk beri kemenangan kepada Najib (Razak). Ada 900 nama Fatimah Ismail dalam senarai itu yang dilahirkan pada hari yang sama,” kata Dr Mahathir.
Perkara pelik lain yang turut dikesan adalah pengundi di Langkawi yang terpaksa membuang undi di Alor Setar, ibu negeri Kedah.
Langkawi adalah sebuah pulau dan mengubah pusat pengundian ke Alor Setar sangat menyusahkan kerana kemungkinan pengundi tidak akan turun mengundi kerana jaraknya, katanya.
“Apabila mereka pergi ke pusat undi dan mendapati nama mereka tidak ada di sana dan mereka perlu pergi ke Alor Setar, mereka mungkin tak pergi kerana tak ada masa,” kata Dr Mahathir.
Satu-satunya cara untuk pergi ke Alor Setar dari Langkawi adalah menggunakan pengangkutan air dan udara.
Tambang termurah adalah menggunakan feri ke Kuala Kedah berharga RM23 untuk orang dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak.
“Ribuan pengundi Langkawi tidak akan buang undi mereka kerana pusat undi jauh. Adalah menjadi harapan Najib untuk membuatkan Pakatan Harapan hilang 1,000 undi,” kata Dr Mahathir lagi. – 15 Januari, 2018.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena